May 15, 2014

Resepi 005 - Roti Naik + Update

Assalamualaikum

Fuh fuh.... dah berhabuk blog ni. kalau macam ni punya lama tak update, bukan setakat tiup-tiup je, kena bawak keluar penyedut hampagas nak bagi hapus segala habuk dan hama..

Sekejap ye.. *stretch jari jemari yang dah lama tak menaip

Beberapa hari lepas, Puan Mummy ada mencuba satu resepi roti yang baru, dan resepi itu telah berjaya dengan bergayanya. Nescaya dengan itu, hendaklah saya berkongsi gambar dan resepi roti tersebut. Nama resepi itu adalah Roti Naik Pahang. Janganlah ditanya kenapa ada 'Pahang' di situ sebab saya sendiri pun tidaklah mengetahuinya. Agaknya tuan punya resepi asal ni adalah orang Pahang gamaknya, jadi diharap BFFs saya yang berasal dari Temerloh dan Raub itu tidaklah 'perasan' bahawasanya roti ini didedikasikan untuk mereka. Jangan perasan beb, takde kerjanya aku nak dedicate kat korang berdua.. Blerkk...

Mari kita tengok !!


Bahan-bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis (telur dan susu manis disatukan dan dikacau, kemudian ditambahkan air kepadanya sehingga cukup 200ml, telur+susu+air=200ml)

¾ cawan gula
2 sudu kecil yis (mauripan)
2 sudu besar marjerin @ butter
1 sudu kecil shortening
500 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara:
1 - Rendam yis dengan 100 ml air suam dan 1 sudu besar gula, biarkan hingga berbuih
2 - Satukan bahan-bahan kering (tepung, gula dan susu tepung)
3 - Masukkan bahan-bahan cecair (telur+susu pekat+air) dan bancuhan yis tadi ke dalam bahan kering, gaul rata
4 - Masukkan marjerin dan shortening. Uli menggunakan electric mixer sehingga lembut dan elastic, selepas itu tutup dengan plastic wrap dan biar sehingga doh kembang sekali ganda. Tumbuk doh untuk keluarkan angin
5 - Sapukan tangan dengan sedikit marjerin, ambil doh dan bulatkan anggaran 40gm setiap biji, atur dalam tin bulat bersaiz 9 inci, akan dpt 22 biji (sapu dulu marjerin pada tin, di keliling dan di bawah)
6 - Tutup doh yang telah disusun dan biar naik lagi 2 kali ganda
7 - Panaskan oven selama 10 minit. Bakar doh pada suhu 160 darjah celcius selama anggaran ½ jam atau sehingga bahagian atas roti sudah keperangan.
8 - Keluarkan roti dari oven dan sapukan marjerin pada permukaan roti yang masih panas.
9 - Siap!


Bahagian kedua

Sekarang dada tengah dup dap dup dap sebab nak kena melalui satu operation * muzik latar lagu sedih*. Dipendekkan cerita, awal bulan June ni saya akan melalui satu pembedahan di PPUKM, jadi diharapkan kawan-kawan dan sedara-mara yang mana ada membaca entry ni, mendoakan kejayaan pembedahan itu dan semoga saya dapat sembuh dengan cepat. Insyallah bila sembuh cepat, boleh la menikmati Ramadhan dengan lebih bermakna, sambil melaksanakan aktiviti membuat kukis dan menonton Piala Dunia 2014 *saya sokong team Germany, sapa-sapa nak hadiahkan jersi Germany, sila kan la, jangan malu-malu*.

Insyallah kalau rajin akan ada entry yang menyusul selepas yang ini, iaitu sebelum masuk ward.. 

Waaaa...dah berkali-kali masuk OT tapi setiap kali masuk tetap saspen...

Dah.

The end