Sep 24, 2013

Asmara Cinta Luka

Assalamualaikum

Orang Melayu kata "cinta itu buta". Orang putih pulak kata "love is blind". Tak tahu la pulak siapa dulu yang cipta frasa tu. Entah orang Melayu tiru orang putih, ataupun the other way around. Tapi, mana kita nak percaya orang putih yang tiru pepatah orang melayu, ye dak? Maklumlah, bangsa mcm kita ni, walaupun dah merdeka 56 tahun, tetap ada rasa mengagungkan orang putih, kesan-kesan penjajahan dulu.

Dalam beberapa hari kebelakangan ni, aku jadi pemerhati kepada sebuah cerita asmara cinta yang luka. Cerita cinta siapa? Itu rahsia. Dan pastinya bukan kisah cinta aku. Kisah cinta yang sememangnya sedikit unik ini memang dah bermula dengan cara yang tidak konvensional, Kalau orang tengok, memang orang kata "payah diorang ni". Dan sudahnya, kisah cinta ini rasanya dah terkandas di tengah jalan. Aku tak tahu nak komen apa, cuma aku doakan yang terbaik untuk keduanya, secara asing-asing..heheh

Pasal cinta, orang boleh jadi buta hati, boleh jadi buta akal. Kenapa aku cakap macam tu? Kerana kadang-kadang kerana terlalu taksub bercinta, orang sanggup ketepikan segalanya dan sanggup buat sesuatu yang dianggap bodoh pada mata orang lain. Nampak macam aku menghina kesucian cinta orang lain, kan. Entah-entah cinta diorang memang sejati, tu pasal sanggup berkorban apa saja. Bukan aku menghina kesucian sesuatu yang bernama cinta, cuma bagi aku, berkorban ada hadnya. 

Mungkin aku tak layak nak bercerita lanjut pasal cinta, sebab kisah cinta sebelum ni pun banyak yang terkandas. Kadang-kadang dia yang jadi punca, kadang-kadang aku yang buat onar, dan selebihnya entah siapa yang punya angkara. Bila putus cinta, aku sedih, murung dan berkabung. Tetapi sebolehnya aku tak mahu bersedih terlalu lama. Bimbang kesedihan yang berlarutan akan memakan diri sampai kecundang, dan akhirnya tumbang. Dengan sisa semangat yang ada kita kena bangkit. Sebab hidup perlu diteruskan. Takde maknanya kalau sedih lama-lama akan ada prince charming datang menyelamatkan kau. Jangan jadi princess macam dalam fairy tales yang kerjanya asyik menunggu dirinya diselamatkan.. Kuat la sikit..!

Sudahnya, banyak mana pun kau cintakan manusia, manusia akan meninggalkan kau, sama ada dalam
kehidupan, dan walaupun kau bernasib baik kerana menemui cinta sejati, dia tetap akan 'pergi' meninggalkan kau. Nasihat aku untuk diri aku sendiri *dan sesiapa yang membaca*, cintailah Allah, Rasullah dan ibu bapa dengan sepenuh jiwa dan keikhlasan, Insyallah cinta yang lain akan menyusul kemudian..

The end.

Sep 9, 2013

Dedikasi Untuk Seorang Kawan

Assalamualaikum

Few months back, aku ada tulis pasal CikSul yang dah berhijrah ke Pahang sebab dapat kerja baru. Hari ni aku nak tulis pasal sorang lagi kawan yang akan berhijrah status dalam masa beberapa bulan, dan buat masa ni dia dikira berhijrah la jugak, berhijrah ke Timur Tengah atas alasan kerja.

Sila jangan tertipu dengan visual di atas. Izuan dah gemuk. Ni gambar lama


Budak ni nama dia Izuan, tapi nickname dia Seweng. Aku kenal dia sejak mula-mula masuk UTM, tahun 1999. Masa tu semua student forecast belajar dalam 3 group, 2 group untuk yang nak ambil kursus kejuruteraan, dan 1 lagi untuk yang nak ambil kursus komputer. Aku dalam kumpulan 1, sama dengan dia. Dia memang friendly. Boleh dikatakan budak MRSM Kuching yang paling ramah, dah mcm maskot pulak. Dia dengan puak-puak dia duk speaking Sarawak je, padahal dia budak Sabah..Takde jati diri punya Seweng.

Lepas tu dia ambil kursus Kejuruteraan Elektrik Telekomunikasi, aku ambil Elektronik. Nama je course lain-lain, tapi asyik nampak je muka budak sekor ni..Kat fakulti toksah cakap la, memang la bayang-bayang dia yang kurus tu je. Kat cafeteria pun muka dia. Sampai ke kolej pun muka dia, memanjang berdating ngan sapa-sapa ntah.. Padahal dia bukan duduk kat kolej pun. Tapi dalam aku gelakkan/kutuk2 dia, banyak juga jasa dia kat aku. Yang takleh lupa masa dia hantar CikSul dengan aku gi stesen bas Larkin. Dah gile punya terdesak masa tu, lagi 10 minit bas Sulas dah nak jalan, aku mcm cool je la sebab aku ada 25 minit lagi. Nasib baik gak budak ni ada, dia pun merempit kereta Kancil putih dia tu to the rescue. Kalau tak, mau meraung kitorang tak dapat balik kampung. Maklumla, harap umur je dah 21 *kalau tak silap la*, tapi asyik-asyik nak balik kampung.

Lepas tu, tahun 2003. Masa tu ramai kawan-kawan rapat dah takde. Diorang dah grad. Antara yang extend semester, dia dengan aku. Lepas tu aku jatuh. Jadi penunggu Hospital Sultanah Aminah for 1 whole month dan HUKM untuk 2 bulan. Masa tu la aku betul-betul start appreciate kewujudan makhluk asing sorang ni. Selalu dia dengan kawan-kawan dia datang visit aku. Bila aku transfer ke HUKM, dia tetap turun KL dan visit aku. Walaupun keadaan aku teruk masa tu, tapi dia tetap buat macam biasa. Tetap buat perangai Mat Sentol dia tu. Dan dalam keadaan mcm tu, dia tetap buat aku gelak dan lupakan sekejap masalah yang melanda. Agaknya kalau dia dengan Has tak visit aku kerap mcm tu, ada kemungkinan recovery aku akan jadi lagi slow. After all, laughter is always the best medicine.

Sekarang ni dah jarang jumpa. Yelah, member dah kerja kat Iraq.  Hari Jumaat lepas dia dtg beraya dengan Azu dan Faiz. Yang kelakarnya si Faiz ni kawan sekelas aku masa Tingkatan 2. Lepas PMR dah tak jumpa dah. Boleh pulak dia jadi teman sekerja si Izuan. What a small world. Borak sakan la kitorang berempat malam tu. Dan macam biasa, Izuan bersembang sambil peluk balang biskut coklat cip. Bak kata dia, 'Pasal duk Iraq la aku jadi macam ni, Faz", padahal 10 thn lepas pun dia dah peluk tin biskut.

Kepada Izuan yang nak balik malam ni *sebenarnya aku lupa dia nak balik Iraq ke Dubai, sebab banyak sangat borak sampai terkeliru*, entry ni aku dedikasikan untuk kau..Toksah nak touching lebih-lebih wei.. Jaga diri baik-baik, jangan sampai kena kencing manis la sbb tgh berdarah manis.. Lepas tu, toksah la kau nak menyalahkan kambing-kambing yang kau dengan Faiz makan kalau aku cakap korang dah makin tembam.

Take care bro.. 


The end.






Sep 2, 2013

Merdeka 2013

Assalamualaikum

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 56. Walaupun dah terlambat beberapa hari, tapi rasanya ucapan aku ni masih valid. Yelah kan, baru lambat 2 hari. Rasanya lenguh tangan anak sedara aku yang sakan berkipas-kipas masa perarakan hari tu pun belum hilang lagi. Berapa jam punya main kipas kalau nak kira tu.. Bak kata Angah, "Muka hensem dah macam abang-abang, rambut kemain style dah macam James Dean, kena main kipas pink masa 31 Ogos..hehe". Nak buat camne, badan je besar tapi baru tingkatan 4.

Apa aku nak cerita pasal kemerdekaan tahun ni?

Masa aku sekolah dulu, cikgu-cikgu sejarah kita selalu cerita pasal kesusahan nenek moyang kita masa tu. Makan ubi kayu, kena bunuh ngan Jepun, kena minum air sabun dan sebagainya. Aku ni memang la suka baca buku tapi buku teks Sejarah tu umpama kryptonite bagi aku. Bukak je buku, mata pun nak tutup. Jadi pengetahuan sejarah aku memang tahap nyawa-nyawa ikan je. Dapat info pun daripada media elektronik iaitu filem berunsur sejarah. Kalau deme tipu, maka sedikit sebanyak tertipu le aku.

Jadi aku pun pernah la tanya kat arwah moyang belah mummy aku pasal kesengsaraan hidup dia masa zaman penjajahan Jepun. Aku nak menyelami hati orang yang berumur dalam lingkungan 20-an masa tu *aku agak-agak je umur moyang aku masa tu*. Aku panggil arwah moyang aku 'Nenek'. Jangan tanya apsal aku panggil dia nenek padahal dia moyang aku, aku ikut je kakak-kakak aku panggil mcm gitu.

"Nek, masa zaman Jepun dulu, hidup azab eh? Makan ubi kayu hari-hari ke? Ada ke pernah nampak mana-mana orang Jepun penggal kepala orang? Seram tak nampak kepala orang tergolek-golek? Ada org kena minum air sabun pastu kena pijak perut? Ada tak hantu Jepun kat kampung kita dulu? *soalan terakhir sudah terkeluar dari konteks sejarah, sudah masuk bab mistik..konon tanya soalan hantu, padahal sendiri pun penakut nak mampuih*

Moyang aku dengan selamba berkata, "Keluarga kita tak susah pun masa tu, hari-hari ada je makan nasi..Sebabnya arwah moyang jantan ko kerja ngan Jepun"....

Teeett....

Patut la aku jadi macam gini, takde sikap patriotik langsung, cicit tali barut Jepun rupanya..Aiyo..!

Jadi, disebabkan jawapan yang pendek dan padat itu, soalan-soalan yang seterusnya terus terabai dan dibiarkan tak berjawap.

Fast forward to 2013...bzztt....

Aku tengok dokumentari pasal sejarah Tanah Melayu kat History Channel. Sumpah keadaan masa tu amat menakutkan, especially bila diorang interview seorang atuk berbangsa cina, bagaimana dia cerita dia nampak mak bapak dan adik dia yang masih bayi mati dibunuh tentera Jepun. Adik dia dilambung dan ditusuk dengan bayonet sampai terburai tali perut, dan dalam keadaan perut dah terburai tu adik dia masih menangis sebab masih ada sisa nyawa. Bila aku tengok dokumentari tu, aku jadi terharu dengan pengorbanan nenek moyang kita untuk menuntut keadilan, supaya Tanah Melayu jadi aman untuk anak cucu diorang *iaitu kita* pada masa hadapan, supaya kita boleh menuntut ilmu tanpa gangguan, cari rezeki dengan tenang, dapat makan MekDonald sampai gemuk *sila hindari makanan segera, kalorinya amat tinggi dan berbahaya untuk kesihatan dan kelangsingan badan*, dan yang paling utama, dapat hidup dengan bangsa-bangsa lain dengan makmur.

Tengok..! Nenek moyang susah-susah nak menuntut kemerdekaan, kita yang hidup aman dan gemuk sekarang ni senang-senang je nak bersikap racist bagai..

Okay..aku masih tak patriotik 100% tapi sudah ada perkembangan positif. *apsal la masa aku sekolah takde dokumentari sejarah yang best mcm sekarang ni, takdelah aku bosan nak hadap buku sejarah...*


Kepada anda semua, nikmatilah keamanan hidup sekarang dan sekali-sekala sedekahkanlah Al-Fatihah untuk pejuang terdahulu yang terkorban demi kesejahteraan rakyat akan datang. Lepas tu jangan lupa bayar hutang PTPTN. Belajar malas, loan nak free.. Chit..!

The end.

Aug 21, 2013

Happy Birthday, Mum..!!

Assalamualaikum

Kenalkan, ini Puan Jamaliah Mahmood. Dia dilahirkan 63 tahun yang lalu, dan hari ini adalah harijadinya.



Masa mula dulu, dia memang ranggi. Mana aku tahu? Sebab aku memang suka belek family album, especially album yang sangat lama, sebelum aku lahir. Mummy memang trendy. Setakat kasut platform-yang-boleh-mengakibatkan-konkusi-kalau-dia-baling-tepat-ke-kepala tu, memang selamba je dia pakai siap berjalan ala-ala catwalk, siap dengan dress paras lutut, dan yang tak tahan tu, kadang-kadang baju bareback. Fesyen tahun 70-an dan 80-an memang exquisite, dan mungkin sedikit eccentric, tapi itu yang membuatkan penggemarnya, termasuk Mummy, istimewa, maklumlah, masa tu dia muda, baru berumur awal 30-an. Kalau zaman sekarang ni orang berpakaian macam tu, sumpah aku tak berani nak ikut, sebab aku tak sanggup kelihatan gonjeng dalam gambar dalam masa 20 tahun lagi. Orang yang trendy adalah orang yang tak kisah nampak gonjeng asalkan mengikuti fesyen terkini.

Masa kami *baca : anak-anak Mummy* kecik-kecik dulu, dia memang garang. Yang selalu kena debik adalah Angah, sebab masa tu dia ada batu besar dalam kepala ada duduk, hehehe..*p/s : Angah, mood tengah baik hari ni,kan kan.... dapat tgk konsert Metallica, kan kan...so jangan marah Adik eh*. Aku sebagai anak paling bongsu, memang kecut perut masa tu, maklumlah, umur aku dengan Angah  berjarak 6 tahun, jadi kalau masa dia Tingkatan 1, aku baru 7 tahun. Jadi, untuk mengelakkan kena debik *baca : lebih kepada memberi pengajaran, sebenarnya*, aku bertekad untuk jadi budak baik *lebih kepada budak yang nampak baik, sebab aku lebih kenal diri aku sendiri, kadang-kadang tu berperangai poyo dan membuat onar juga*. As time passed by, kami meningkat remaja, dan Mummy jadi kurang garang. Mungkin guna pendekatan jadi-kawan-kepada-anak-remaja, i guess.

Sekarang ni Mummy memang dah tak garang, tegas mungkin ada lagi. 


To my dearest mum, selamat harijadi. Adik doakan segalanya yang terbaik buat Mummy. Adik pasti bukan anak yang paling baik, dan yang pastinya pernah buat Mummy terluka, sama ada secara sengaja atau tak sengaja, maafkanlah anakandamu ini. I love you, Mum..

The end

Aug 12, 2013

Eid 2013

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada anda sekalian. Malas nak menulis, jadi kongsi gambar raya saja ye..

Juadah Hari Raya yang standard. Lemang, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging dengan kuah lodeh. 


Kanak-kanak Ribena of the family.. Yang dua orang paling besar tu masih considered as kanak-kanak sebab masih sekolah..hehe


Encik Ahmad Arif dengan cucu-cucu lelaki. Dua orang cucu yang amat tinggi itu hanya berumur 16 dan 15 tahun sahaja. Kemungkinan besar mereka dibekalkan ubat tinggi oleh emak mereka iaitu Along saya, tu pasal sangat tinggi. Yang di depan itu baru darjah 2, kemungkinan ada makan ubat tinggi juga..Haiyoh..


Don't mess with me..*mode diapit dua bodyguard yang gagah perkasa*


Wanita-wanita plus my best friend, Melissa.


Family saiz mini..10 orang sahaja..heheh *kredit untuk photographer bidan terjun, Miss Melissa yang comel dan baik hati*



Okaylah. Itu sahaja gambar yang nak dikongsi. Usaha nak senyum lebar-lebar masih gagal, kesimpulannya saya memang boleh senyum takat tu je, sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Nak tulis panjang-panjang pun belum ada idea lagi. Akhir kata, Maaf Zahir Batin..

The end.

Aug 2, 2013

Keterujaan Yang Sedikit

Assalamualaikum

Raya dah dekat, dan seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang tak pernah excited sangat nak beraya. Memang aku ada buat kuih raya, kadang-kadang beli baju baru ataupun kasut baru, tapi sebenarnya aku tak pernah rasa keterujaan yang amat sangat bila raya menjelang. Nak kata raya kat rumah aku tak meriah, okay je walaupun tak semeriah macam orang lain yang beraya di kampung. Ada je saudara mara yang datang especially masa hari raya pertama, bukan la sepi pun. Aku rasa bila umur aku makin bertambah ni, makin tak teruja aku nak beraya. Kalau boleh nak beraya sehari je, tak payah la nak beraya sebulan macam pe'el orang Malaysia yang lain *hamboi...nak puasa sebulan kemain lembik longlai badan, tang beraya sebulan tu cergas je ye*.

Ni raya dah makin dekat ni, camne la aku nak mencetuskan rasa teruja?

Bila aku ingat-ingat balik sepanjang hidup aku, baru aku sedar yang aku ni boleh dikategorikan sebagai manusia yang kurang rasa keterujaan dalam diri, dan kalau aku teruja sikit pun, aku akan ada masalah nak meluahkan atau menunjukkan muka yang excited. Bila berlaku perkara-perkara yang sepatutnya membuatkan aku melompat *dulu la melompat, sekarang melompat dalam hati je..heheh*, tak pernah pun aku buat. Sifat 'meraikan' kurang dalam diri. Contohnya macam buat kuih raya, aku rasa aku buat kuih raya pasal aku suka buat, perasaan aku lebih kepada suka buat 'kuih', bukan seronok nak buat 'kuih raya'.

Bermasalah jugak aku ni.

Kadang-kadang bila aku dapat hadiah, aku risau jugak kalau orang yang bagi hadiah tu ingat aku tak suka hadiah yang diberi. Sebenarnya tak jadi masalah pun, dah nama pun hadiah, tak kira kecik atau besar, memang best la kalau dapat, tapi muka aku ni nampak macam aku tak berapa excited dapat hadiah tu.

Kalau tengok gambar raya tahun yang sudah-sudah, muka aku memang nampak macam kena paksa bergambar je. Orang lain punyalah sengih sampai nampak gigi, muka aku macam kena seksa je..

Gambar raya tahun 2011..muka macam 'nak-senyum-pun-malas' punya muka..


Grumpy sangat ke aku ni?

Tak.. Aku bukan tak suka atau tak gembira, cuma aku tak reti nak gembira lebih-lebih ni..

Haish.. Raya dah dekat ni, kena la berlatih longgarkan rahang sebab banyak nak kena senyum ni..


Untuk korang, nanti la aku ucapkan selamat aidilfitri. Minggu depan aku buat ucapan khas..



The end



Jul 19, 2013

Remy Ishak dan Dilema Kain Warna Purple

Assalamualaikum


( Kredit *homaigod..tak pernah seumur hidup aku sebelum ni aku gugel gambo dia*)


Dear friends.

Di atas ni adalah gambar seorang pelakon *to be exact, pelakon pojaan CikSul*. Nama dia Remy Ishak. Ngetop sejak berlakon drama yang bergenre islamik iaitu Nur Kasih. Bukan, aku bukan peminat dia. Cuma nak kenalkan kepada sesiapa yang tak kenal *Angah aku adalah salah seorang manusia yang mungkin tak kenal si Remy ni*. Okay semua, dah kenal kan siapa Remy Ishak ni serba sedikit? Baik, mari kita pergi ke gambar yang seterusnya.


 

Kain di atas adalah kain berukuran 4 meter yang dibeli oleh Angah aku. Sila buka mata besor-besor sikit ye. Anda nampak apa yang tertulis di hujung kain itu? Ya, mata anda tidak tersalah tengok. Memang yang tertulis di situ adalah 'PRINTED REMY ISHAK BATIK',

Okay. Sekarang saya nak membebel di bulan puasa.

Apa la agaknya kaitan Remy Ishak dengan kain di atas? Takde, kan? Takde pulak aku dengar yang Remy Ishak ni berniaga kain.. Ataupun aku yang tak tahu? Dah namanya bukan peminat, buat apa aku nak ambil tahu, ye dak. Bukan kerja aku nak minat-minat sangat kat artis-artis ni *kecuali Orlando Bloom la..masa tu aku masih remaja...huhu..memalukan diri je*.

Okay la. Lantak la kalau kain tu nak tulis gitu pun.


Masalahnya sekarang ni, kain di atas akan direalisasikan menjadi baju kurung, atau lebih tepat, baju kurung AKU untuk raya tahun ni!


Haaaaaa.... Macam mana boleh jadi macam ni?!


Ceritanya begini. 

Kakak aku pergi beli kain untuk baju raya dia dan anak perempuan dia. Dia pergi beli kain Remy ni, tiga warna. Maroon, coklat dengan purple. Yang warna maroon dia beli untuk dia dengan anak perempuan dia. Nak sedondon la gitew.. Yang coklat tu baju dia. Yang purple tu dia beli dua, satu untuk baju dia dan dan mummy aku. Masa mula-mula dia tunjuk kain ni kat aku, memang seronok la aku gelakkan dia. Antara ayat kutukan mesra aku adalah, "Corak kain ni agak huru-hara, sama macam muka Remy Ishak..Kau kenal tak Remy Ishak ni, Ngah? Ala, dia ada berlakon jadi mamat Bangladesh dalam drama apa ntah..", disusuli dengan gelak. Sebenarnya aku takde masalah sangat dengan corak kain tu, cuma sebab nama kain tu ada tulis nama Remy, terus aku lawakkan kain tu..

Kakak aku sengih je.. Rupanya dia perancangan licik nak kenakan aku.

Setelah puas aku gelakkan kain tu, kakak aku suruh mak aku jahitkan baju kurung kain yang kaler purple tu untuk aku. Dengan muka gembira dia kata sambil mengugut kecil, "Biar sedondon semua orang raya ni, padan muka kau..kalau kau tak pakai, siap la, aku merajuk nanti".

Haii...... Kesian aku raya ni.. Dah la nak kena berbaju Remy, sedondon pulak tu.. *memang bukan kerja aku pakai baju sedondon di hari raya, walaupun masa kecik-kecik dulu..Along dengan Angah je yang buat masa deme kecik dulu*.


Takpe la.. Demi kakakku, aku redha jer lah. Ni jerlah yang aku mampu buat, membebel dalam blog. Kang aku membebel lebih-lebih depan dia, mewajuk pulak orang tua tu kang...huhu...

Okay.. aku nak sambung bersedih dalam hati.. Babai..


Selamat berpuasa

The end.

Jul 17, 2013

When I Was Younger..

Assalamualaikum

Aku terjumpa hard disk lama, yang di dalamnya aku simpan gambar-gambar dari laptop aku yang dulu. Alhamdulillah,sehingga kini laptop tu masih bernyawa walaupun nyawa-nyawa ikan. Disebabkan aku pun takde aktiviti nak dibuat, aku pun melayari *aku nak type browsing, ni je terjemahan dalam bahasa Melayu yang boleh aku fikirkan* gambar-gambar yang ada di dalamnya.


Aku terjumpa folder BLOOM..

Folder apa ni? Gambar bunga ke apa?

Rupanya folder ni penuh dengan gambar dia.




Hahaha...ni la antara gambar yang menghiasi desktop aku 11 tahun dulu..Presenting, Mr. Orlando Bloom. Legolas dalam trilogi The Lord of The Rings. Banyak rupanya aku simpan gambar dia dulu. Aku ni jarang la nak suka sangat-sangat kat artis, tak kira la penyanyi atau pelakon. Rasanya ini la sekali aku buat kerja tak berfaedah macam ni..

Bila difikirkan balik sekarang ni, rasa macam malu kat diri sendiri pun ada.

Takpe la, at least aku tak seteruk kakak aku dulu. Bilik penuh dengan poster NKOTB. Haha, sorry Angah, terkutuk pulak.

Lesson of the day. Kalau nak suka@kemaruk dengan benda-benda tak berfaedah macam ni, sila lakukan secara sembunyi ataupun dalam skala yang kecil. Kalau korang buat sampai semua kawan-kawan ko tahu, jangan ler nak sayu hati bila dibahan dalam jangka masa 10 tahun lagi. Sekian.

The end.







Jul 6, 2013

Ramadhan Is Coming

Assalamualaikum

Setelah bermalasan selama sebulan, akhirnya hari ni baru la ada daya dan usaha nak tulis entry baru. Ala, blog aku ni bukannya macam Blog Serius yang nak kena update hari-hari. Dalam setahun, memang ada 2 bulan yang aku suka, yang pertamanya bulan June, jadi aku pun memalaskan diri sepanjang June. Bulan yang kedua adalah bulan Ramadhan. See, nampak tak keseimbangan di situ.. Satu bulan Islam, yang satu lagi bulan tahun Masihi. Wasatiyah la konon-kononnya aku ni..

Sebelum tahun 1998, bagi aku bulan Ramadhan itu sama je macam bulan-bulan yang lain, yang berbezanya cuma kena berpuasa, padahal aku tahu betapa bulan ini penuh dengan keberkatan. Memang rugi la bila difikirkan balik sekarang ni. Tahun 1998, masa tu aku Tingkatan 5. Kali pertama menyambut Ramadhan jauh dari rumah, nun di MRSMJ. Masa tu la aku bagai kena penyepak halimunan, baru tersedar betapa indahnya bulan Ramadhan ni..

Semenjak tu, aku memang tunggu kedatangan Ramadhan. Walaupun kadang-kadang aku tak dapat pun manfaatkan sepenuhnya, tak dapat pun nak beribadah full gear, tapi bagi aku, bila bulan Ramadhan tiba, aku dapat rasakan ketenangan yang tak dapat nak aku ungkapkan dengan kata-kata. Indah sangat rasanya.

InsyaAllah, lagi beberapa hari Ramadan akan tiba. Aku harap aku berpeluang menyambutnya, dan semoga tahun ni aku dapat mengambil kesempatan dengan kedatangannya, lebih daripada tahun-tahun sebelum ini. 

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Jun 18, 2013

Malas Maksima

Warghh...

Malasnya nak update blog.

Jadi, sepanjang bulan June ini, bersempena dengan hari jadi saya kelmarin, saya bercuti daripada mengemaskini blog..Heheheh..

Jumpa balik di bulan July, Insyallah..

Bye..

May 30, 2013

Cabaran dan Ujian

Assalamualaikum


Hidup ni sebenarnya suatu ujian. Selalunya kita anggap hidup yang susah itu suatu ujian. Yang sebenarnya hidup senang pun salah satu jenis ujian juga. Allah nak tengok, sama ada kita akan ingat Dia semasa hidup kita senang dan bahagia, ingatkah kita untuk berkongsi rezeki dengan bersedekah semasa kita ada duit extra, dan ingatkah kita untuk membaca Al-Quran semasa kita tengah gembira dengan hiburan dunia ?


Masa ditimpa masalah, pernah tak korang rasa koranglah manusia paling malang dalam dunia ni, dan masa tu kononnya hidup di dunia sudah tiada gunanya? Masa putus cinta, pernah tak korang rasa macam cinta itu kejam dan bersumpah tidak akan jatuh cinta lagi sebab tidak mahu terjatuh ke dalam kancah percintaan yang maha zalim *pergh...ayat aku*, masa korang dikejar along, ada tak korang rasa macam nak terjun lombong sebab bagi korang, kematian pun tidak sesakit saat balaci along si loan shark mencantas tangan korang *mati bunuh diri adalah dosa besar..jangan dibuat walaupun dah putus harapan untuk hidup..kalau dibuat, putuslah harapan nak masuk syorga*.


Ketahuilah bahawa di saat kita rasa masalah kita paling besar dalam dunia, pasti ada masalah orang lain yang lebih besar daripada kita. Sentiasalah berfikir macam tu, nescaya korang akan bersyukur walaupun di saat korang diuji Allah dengan masalah. Ingatlah bahawa penjajah omputeh pernah berkata "Every cloud has a silver lining". Tok nenek kita yang berbangsa Melayu jua mempunyai pepatah yang hampir serupa iaitu "Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya" *lebih kurang begitu la orang Melayu kata...aku pun taktau ayat ni pepatah atau tak..kalau tak, maaf la ye sebab tertipu korang..heheh*. Hebat jugak kan bila ada pepatah omputeh dan melayu yang mempunya makna yang ada iras-iras. Lebih kurang macam Remy Ishak dengan Afiq Muiz la..ada iras-iras *betul ke diorang ni ada iras-iras, ataupun mata aku yang dah bertambah rabun?*

Jadi, apa pun masalah dan cabaran yang sedang anda hadapi pada hari ini ataupun pada hari-hari yang akan mendatang, bertabahlah, dan ketahuilah bahawa di sudut yang lain di dalam dunia ini, ada insan lain yang menghadapi masalah yang lebih besar daripada anda. Tabah, berusaha, bertawakal dan jangan lupa senyum, eh..

Jaga diri baik-baik wahai kawan-kawan sekalian.

The end.







May 24, 2013

Marah

Assalamualaikum

Semua orang ada perasaan marah. Ada yang cepat marah, tapi cepat reda kemarahannya. Ada juga yang susah nak marah, tapi punyalah payah reda. Kadang-kadang sampai berhari-hari dipujuk pun masih tak padam api marahnya. Mungkin yang paling bagus adalah yang susah nak marah, dan kalau dia marah pun dia masih rasional dan mudah memaafkan.

Kalau aku?

Boleh dikategorikan sebagai susah nak marah, tetapi masalahnya bila aku marah, aku takkan ada peluang pun nak meluahkan rasa marah aku. Sebenarnya kemarahan perlu dilepaskan, cuma kadar pelepasan kemarahan itu yang perlu berpada-pada. Takkan nak marah sampai hempas-hempas barang, bakar rumah, bakar reban ayam, sepak kucing, lastik ketua kampung, dan sebagainya? Cukuplah sekadar orang tahu yang kita ni tak puas hati sehingga menyebabkan tercetusnya rasa marah.  Kalau korang marah, eloklah dilepaskan. Jangan simpan je dalam hati, nanti kena buli. Macam aku. Haha..

Jangan pendam kemarahan anda, lepaskan dengan cara yang berpada-pada, ataupun alihkan kemarahan anda kepada aktiviti lain. Kalau dipendam sangat nanti rasa stress. Nanti macam-macam penyakit boleh singgah kat badan. Kalau marah, apa kata bawak-bawak pergi berjogging ke, pergi bertinju ke, nescaya kemarahan boleh diredakan. Kalau masih marah, pergi le amik wudu', pastu solat, istighfar banyak-banyak. Tak malu ke kat Nabi Muhammad S.A.W? Beliau kena keji, kena kutuk masa berdakwah, pun beliau tak marah, yang kita ni pasal hal-hal kecik pun nak sentap*ni ditujukan kepada aku la..* Bila ingat macam tu, sure rasa malu nak marah-marah.

The end.

p/s : Jangan marah-marah ye, nanti cepat tua..:)

May 16, 2013

Untuk Cikgu-cikgi

Assalamualaikum

Bersempena Hari Guru ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih yang berbakul-bakul kepada cikgu-cikgu yang dah mengajar aku, dan secara tak langsung telah membentuk keperibadian aku.  

Kepada semua cikgu yang garang, yang baik hati, yang kejam sebab suka bagi homework banyak, cikgu yang suka bagi homework banyak tapi tak check pun, ustazah yang pernah mengajar tajwid sampai aku faham padahal aku ni memang bebal sikit bab tajwid, cikgu masa darjah 1 yang ajar lukis gambar ayam, cikgu yang ajak gi Sg. Congkak lepas persembahan dikir barat masa sekolah rendah, cikgu yang pernah denda aku berdiri luar kelas sebab tertinggal buku kat rumah, cikgu yang pernah ajar math tingkatan 1 lepas UPSR tamat padahal budak kelas sebelah takde buat apa pun, cikgu yang ajar taekwondo masa darjah 3, cikgu pendidikan jasmani yang langsung tak bawak kitorang sekelas ke padang pasal kitorang taknak bersukan masa tingkatan 3, cikgu yang asyik panggil aku dengan nama yang salah, cikgu mengajar subjek english yang budak lelaki dalam kelas panggil dia Doraemon *budak lelaki kelas aku memang jahat*, cikgu homeroom yang pernah hantar gi klinik dan belikan aku torchlight sebab nak kena gi camping, cikgu homeroom *lagi sekali* yang pergi buat pengumuman dalam kelas suruh aku call rumah sebab mak aku call dia *tak pasal-pasal kena gelak*, cikgu biologi kelas lain yang nak terima aku dalam kelas tuisyen dia *cikgu ni yang buat kertas peperiksaan biologi, so ada la chance nak score markah lebih sikit..heheh*, ustaz yang tidur masa aku jawab soalan KAFA depan dia, cikgu ad math yang lemah lembut tapi garang dan juga cikgu bahasa melayu masa tingkatan 5 yang supercool dan sangat selamba.

Kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku masa kat UTM, encik penasihat akademik yang sangat payah nak jumpa padahal nak mintak tandatangan untuk daftar subjek je pun, encik signal processing yang mengajar tak bawak pen marker tapi still aku rajin nak gi kelas dia sebab dia sangat berkarisma, cik teori litar yang mengajar sangat slow sebab nak bagi kitorang faham tapi baik hati, encik johari kassim yang awal-awal aku sangat menyampah sebab macam garang tak tentu pasal tapi bila dah hujung-hujung aku macam dah tak kisah sebab dia dah jadi kelakar dan juga para pensyarah yang lain.

Kepada anda semua, terima kasih sebab pernah memberikan ilmu kepada saya, tak kira la ilmu tu betul-betul saya berjaya hadamkan ataupun tidak *kalau tak berjaya hadam, tu kiranya salah aku la*. Jasa anda semua sangat saya hargai, semoga pekerjaan anda yang mulia ini, jika dilakukan dengan penuh keikhlasan, akan membawa anda ke syurga nanti.


The end.



May 14, 2013

Perempuan Dan Kekurusan

Assalamualaikum

Orang perempuan memang sangat prihatin dengan penampilan diri,kan? Zaman sekarang ni, budak-budak perempuan yang bawah 13 tahun *awek yang dah masuk sekolah menengah memang dah start nak melawa..kebiasaan* pun dah pandai nak bergaya. Pakai baju nak sepadan dengan kasut, warna tudung pulak nak sepadan dengan warna baju. Bila dah besar sikit, mula nak jaga kulit muka, mula jaga badan. Aku rasa 90% perempuan takut jadi gemuk. Kadang-kadang tu, yang dah kurus pun masih rasa diri dia gemuk. Bila seluar ketat sikit, mula la berdiet, pergi bersenam bagai. Dan yang lebih malang lagi, ada yang jaga badan sebab pasangan yang suruh. Kalau nak double malang, pasangannya itu cuma la seorang kekasih, bukan suami pun..

Aku pun termasuk juga dalam kategori perempuan yang takut gemuk..*sedikit pathetic...haiyoh..*

Masa aku kecik dulu *bawah 10 tahun*, aku boleh dikategorikan sebagai budak yang keding. Memang tinggi dari rakan sebaya yang lain, tapi memang agak kurus. Seingat aku, bila aku dah darjah 5, badan aku start melebar. Biasa la, puberty. Aku masih tinggi, tapi badan aku pun besar. Jadi, aku memang kelihatan sedikit macam gergasi..Muahaha..

Bila aku masuk sekolah menengah, aku rasa badan aku memang paras-paras la..Paras-paras tu camne? Dipendekkan cerita, kalau tambah 5 kg lagi, aku akan jatuh dalam kategori bulat..Hehheh..Tapi aku memang macam tak berapa heran sangat pun. Walaupun aku dah sampai kat 'tebing' *at the edge, omputeh kata*, aku macam tak kisah je. Apa nak kisah, walaupun muka bulat tapi aku rasa aku comel la jugak, dan bila time bersukan, takde pun nak semput bagai. Bila masuk asrama, lagi la 'comel'. Makan satu hari 6 kali tu, macam mana nak kurus. Makanan kat sekolah aku masa tu boleh la dikategorikan sebagai sedap. Bedal je semua jenis makanan.

Bila masuk UTM lagi la parah..Pasal apa parah? Pasal aku suka makan malam-malam. Bila berjaga sebab nak study, perut pun mintak diisi. Kebiasaannya setakat minum milo dengan makan biskut la, tapi bila dah ada geng yang berkenderaan, selamba je nak gi melantak nasi lemak malam-malam. Isk isk, tak bermoral sungguh.

Tahun 2003, sebelum cuti semester, rasanya masa tu la berat aku yang paling maksima sekali..Berapa? Nak mention pun segan weih. Masa tu la aku tiba-tiba menggelabah nak kurangkan berat badan. Berhasil la. Dalam tempoh 3 bulan cuti semester, aku berjaya la menguruskan diri. Siap kena beli seluar baru weh, sebab seluar lama udah longgar..Bangga la sekejap. Semenjak itu la aku memang cautious dengan berat badan aku. Kadang-kadang macam bodo pun ada jugak, sebab melampau sangat..

Lepas tu aku jatuh...Fast forward beberapa tahun ke depan...Bzzzttt...

Tahun 2013 ni aku rasa aku kena la mula jaga berat badan aku semula. Rasa muka macam dah bulat macam bola je. Lagipun, kalau aku terlebih berat badan, susah aku nak bergerak ke sana sini, dan akan menyusahkan orang lain juga. Azam bulan Mei, aku nak lebihkan makan sayur, dan kurangkan makan benda manis *walaupun sebenarnya aku suka...uwaaa...*

Jadi, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan dan mengawasi berat badan kita dengan menjaga pemakanan seharian. Jangan lupa bersenam. Semoga bersama-sama kita terhindar dari penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes..*boleh jadi Menteri Kesihatan..muahahah*

The end.

p/s : banyak sangat iklan suplement untuk menguruskan badan kat Facebook..rimas..

May 4, 2013

Entry Pra-PRU13

Assalamualaikum

Esok 5 Mei, 2013. PRU 13. Eh, pilihanraya ke-13 pada tahun 2013. Style jugak. 

Macam biasa la, bila menjelang PRU13 orang pun ramai la yang bersembang pasal politik negara. Ada yang berbincang secara ilmiah, dan ada juga yang gebang je lebih. Ada orang tanya aku, "mengundi siapa kali ni?". Aku senyum je, tak jawab apa-apa pun. Dengan pantas mereka assumed aku ni pengundi atas pagar yang masih lagi tak buat keputusan nak memangkah siapa. Entah-entah kalau memangkah pun, akan buat undi rosak. Takpun tak gi mengundi langsung. Eleh, memandai je mereka itu, kan? Memang pe'el judgemental tak habis-habis.

Betul la, memang aku belum menetapkan aku nak memangkah siapa untuk kerusi Parlimen. Undi untuk kerusi DUN tu memang dah lama decide pun.

Ada la manusia annoying yang setiap kali jumpa aku, mesti nak tanya aku undi siapa, dan kebanyakan kalinya aku diam dan senyum je. Manusia yang seorang ni sebenarnya macam lalang. Apsal aku kata dia lalang? Sebab aku selalu je observe bila dia bercakap. Sekejap bising-bising pasal nak perubahan la, bila lagi  nak ubah la..Lepas tu kadang-kadang membebel pulak, akan huru-hara ke negara kita ni kalau BN kalah, aman lagi tak. Nampak sangat tak tetap pendirian. Aku memang tunggu masa je nak fire dia ni..Jadi, beberapa hari lepas dia tanya lagi.

"NAK MENGUNDI SIAPA AHAD NI?" 
*huruf besar sebab dia cakap kuat macam la aku ni pekak..maaf ye, saya cuma spinal injury, Alhamdulillah telinga saya tak cedera 10 tahun lepas*

Bila dia tanya, tak ubah macam dia tekan punat 'ON' kat badan aku. Aku senyum, tarik nafas dan terus cakap dengan satu nafas. "Eh, undi kan rahsia. Tengoklah siapa saya nak undi nanti. Walaupun bapak saya letak bendera BN depan rumah, tak semestinya saya undi BN. Tapi kalau saya nak undi BN pun, suka hati saya la kan, kan, kan, kan...."

Macam kurang ajar je aku ni, kan..Tapi aku perlu cakap apa aku rasa, supaya dia stop tanya soalan annoying yang sama berulang-ulang kali pada aku.

Bagi aku politik Malaysia ni kadang-kadang macam politik orang tak bertamadun. Sebab apa? Sebab teknik berkempen yang suka memburukkan parti lawan. Masa berkempen, pung pang pung pang kutuk parti lawan. Aku rasa takde siapa yang pernah berkempen dengan mengatakan yang 'parti lawan dah pun buat yang terbaik, tapi anda undila kami kerana parti kami menjanjikan yang lebih baik lagi', ataupun 'si A dari parti toot memang dah bekerja keras membantu rakyat sepanjang 5 tahun lepas, tapi anda undilah calon B kami dari parti teet sebab dia pasti akan bekerja lebih keras lagi dari si A kerana dia memang power macam Tony Stark *menyempat jugak kau nak mengarut,kan faz*

Jadi, apa aku akan buat esok?

Ibarat perlu memilih antara dua biji buah yang busuk..Pilih yang kurang busuk antara dua, sekurang-kurangnya yang kurang busuk tu lebih bermanfaat sedikit dari yang satu lagi dan akan mengelakkan aku dari sakit perut kalau memakannya.

Pesanan aku untuk kita semua. Sila jaga perangai anda esok, jangan buat kecoh, mulut jangan celupar. Pahala kita dah memang sikit, jangan sia-sia dapat dosa dengan berbuat perkara yang boleh dielakkan. Sekian.

The end.


Apr 30, 2013

Aku Terfikir....

Assalamualaikum.

Sebagai seorang Muslim, aku tahu tidak akan berlaku satu perkara, walaupun sekecil kuman, walaupun semudah menarik nafas, tanpa dengan izin Allah s.w.t. Kalau aku lihat diri sendiri, sebenarnya banyak perkara yang sedang berlaku, sekaligus. Ada perkara yang aku istilahkan sebagai automatik, macam kelip mata, bersin, tarik nafas dan sebagainya. Boleh la nak kata yang aktiviti automatik ni berlaku tanpa kita perlu berusaha sangat *untuk orang yang sihat la..kalau orang sakit peparu tu macam susah juga dia nak bernafas*. Semuanya berjalan sempurna, macam air sungai yang mengalir. Effortless, bak kata penjajah. Selain itu, ada juga aktiviti yang memerlukan lebih tenaga, macam menggerakkan anggota badan. Itu baru kita tengok pada diri sendiri, belum tengok di sekeliling kita lagi. MasyaAllah, Allah tu Maha Besar.

Semua berlaku dengan izin Allah, tetapi yang menjadi dilema dalam hati aku ni, kenapa dalam aku menyedari hakikat ini, kebergantungan aku pada Allah masih tak sepenuhnya? Kadang-kadang bila aku duduk diam dan berfikir *ada jugak masa-masa yang aku duduk diam dan tak berfikir,mungkin masa tu aku mengantuk, contohnya la*, kenapa aku masih sibuk terlalu memikirkan orang-orang di sekeliling aku, cuba nak memuaskan hati semua orang, dengan harapan aku akan jadi manusia yang disenangi dan disayangi semua orang? Dan kenapa bila aku rasa orang kurang menyenangi aku, masa tu baru aku nak terfikir "Takpe, kalau dia tak sayang aku, aku masih ada Allah". Bila aku fikirkan dengan lebih dalam, baru aku tersedar.

Aku dah tersalah. Selama ni aku dah hidup dengan pandangan yang terbalik. Kenapa bila dah rasa lonely baru nak sedar yang Allah ada dengan kita?


Bukankah sepatutnya aku mendahulukan Allah, mendambakan kasih sayang dan rahmat dari Allah, dan selepas itu baru memikirkan manusia-manusia sekeliling aku? Dan aku rasa, bukankah kalau aku mengutamakan Allah dan patuh dengan semua ajaranNya, kasih sayang dari manusia itu akan datang secara sendirinya. 

Konklusi yang aku buat, jaga hubungan dengan Allah, dan Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia. 

Dengan sedaya upaya mengingatkan diri aku yang lemah ni, apabila berlakunya perkara yang baik ataupun buruk yang kelihatannya disebabkan oleh orang lain, ingatlah bahawa perkara itu takkan berlaku tanpa izin Allah. *ayat macam berbelit je ni..jap, aku fikirkan cara yang lebih mudah nak menghuraikan pendapat aku ni*

Dalam ayat yang lebih mudah..kalau aku nak satu benda, dan ada orang halang kehendak aku tu, sudahnya aku tak dapat..ataupun aku dapat benda yang aku nak, disebabkan bantuan orang..kedua-dua perkara itu berlaku adalah dengan izin Allah. Orang yang menghalang/membantu itu bertindak atas kehendak Allah. 

Jadi, bersyukurlah pada Allah bila kita dapat apa yang kita nak, dan janganlah nak stress atau sedih sangat kalau kehendak kita tak dipenuhi. Perancangan kita, walaupun kadang-kadang nampak macam dah bagus sangat, tapi perancangan Allah yang paling sempurna.

Jadi, pesanan aku untuk aku dan semua, jaga hubungan dengan Allah, dan Allah akan jaga yang lain-lain untuk kita.

Semoga Allah akan beri kita  kekuatan..

p/s : Harap maaf kalau entri ini ada kekurangan di sana sini. Aku hanya hamba Allah yang lemah dan jahil.


The end.




Apr 24, 2013

To All The Mums in The World

Assalamualaikum

Semenjak anak-anak saudara aku duduk rumah aku ni, aktiviti aku dah bertambah sikit. Kadang-kadang jadi cikgu tuisyen, kadang-kadang jadi pelukis budiman. Macam tadi, aku baru lukiskan kartun Mario dengan Zelda untuk Farhan. Dia siap dah bagi senarai untuk aku lukiskan esok. Yang aku hairan, menjadi pulak aku lukis Zelda tu, padahal masa aku sekolah dulu, memanjang dapat C untuk subjek lukisan. Mario tak menjadi sangat, aku lukis Mario versi kurus. Yang sama tang misai yang ala Mr. Potato tu je..

Lepas aku melukis, aku terkenang sesuatu, bahawa seorang ibu itu *aku setakat ibu saudara je la* harus mempunyai bakat yang pelbagai. Selain daripada menjalankan aktiviti-aktiviti normal seorang ibu, iaitu menguruskan hal-hal rumah, seorang ibu juga harus mempunyai bakat yang pelbagai. Seorang ibu harus pandai menjahit, sekurang-kurangnya boleh repair pakaian sekolah yang koyak, harus pandai melukis, harus mempunyai skil bersukan yang tinggi *kalau tak camne nak melayan anak main basketball, contohnya*, harus berkebolehan memandu ala Lewis Hamilton *kena pandai memandu laju, terutama bila anak dah lambat nak ke sekolah* dan bermacam-macam lagi. Memang superwoman, kan..

Aku teringat masa sekolah rendah dulu, pernah aku menangis masa nak buat homework. Ada ke cikgu tu suruh lukis medium pengangkutan, banyak pulak tu. Habis segala kereta, motor, basikal, lori, sampan sampai ke motorbot nak kena lukis. Dah la aku ni memang gagal bab melukis ni. Sudahnya, mak aku yang lukiskan. Seingat aku, satu-satunya benda yang aku boleh lukis dulu adalah harimau, itupun cikgu aku komen, dia kata muka harimau yang aku lukis tu macam harimau sedih, langsung tak garang..Nak je aku jawab, "Kalau nak harimau garang, baik saya lukis muka mak saya je sebab mak saya pun dah garang macam harimau". Tapi aku diamkan je..

Walaupun mak saya garang macam harimau, tapi dia sayang anak-anak dia. Macam mak harimau jugak.

Tapi sekarang dia dah tak garang macam dulu..

Baju sekolah koyak, mummy jahitkan. Nak buat cetakan untuk subjek Pendidikan Seni, mummy jugak yang sediakan cop kentang. Nak kena buat vest untuk subjek Kemahiran Hidup, mula-mula aku jahit sendiri, tapi sudahnya mummy aku jugak yang buatkan sebab aku jahit senget. Projek kerja kayu je yang aku buat sendiri, tak pulak bapak aku tolong buatkan. Setakat belikan kertas pasir je. Bila aku kena demam campak sampai tak larat nak balik sendiri, mummy aku jugak yang datang UTM dan bawak aku balik rumah. 

Jangan la korang kata yang aku nak menidakkan jasa bapak aku, sedikit pun tidak. Cuma artikel hari ni khas untuk kaum ibu.

Hari Ibu bulan Mei, lambat lagi. Tapi apa salahnya kita ucap terima kasih kat ibu kita pada hari ni, kan..

Mummy, you're my superhero, and you don't even need a cape...



~ An ounce of mother worth a pound of clergy ~ 
Spanish Proverb




The end.

Apr 17, 2013

Surat Terbuka untuk Dia

Assalamualaikum

Aku kenal dia masa Tingkatan 4. Setakat kenal je, tak kawan pun. Rasanya kalau bertembung pun, takde sessi 'hai-hai' antara kami. Masa Tingkatan 5 aku jadi pengawas. Ahli Lembaga Disiplin Pelajar. Bunyinya pun macam gempak je,kan? Walaupun aku pengawas, aku tak se'skema' mana pun, tapi aku masih dalam kategori penegak undang-undang maktab. Aku tak rapat dengan dia sebab bagi aku, dia termasuk dalam geng tak skema. Geng tak skema ni bukan la jahat, tapi sebagai 'Judge Dredd', aku memang pantang orang langgar peraturan, especially keluar lambat pada waktu pagi. Bila student lambat, aku jadi makin lambat sebab aku kena tunggu semua orang keluar dulu. Tu yang buat gua hangen tu..

Tapi tu cerita masa sekolah.

Masa aku masuk UTM, aku terjumpa dia lagi. Masa awal-awal kemasukan kitorang, memang takde aktiviti sangat, jadi kitorang banyak spend masa dengan bersembang, sambil mengenali hati budi la bak kata orang.. Eh eh, macam boleh ngam pulak. Bila daftar kursus, rupanya ambil jurusan yang sama. Makin banyak masa yang diluangkan bersama. Dari Isnin sampai Jumaat, kitorang berkepit je. Hujung minggu pun kadang-kadang keluar bersama. Sesekali je aku menduakan dia dengan keluar dating dengan insan lain. Berkongsi makanan, berkongsi cerita dan masalah, kadang-kadang dia tolong tipukan bf *sudah jadi ex-bf ye* bila aku bukan dalam mood  bercinta.

Bila dah nak habis pengajian, aku ketinggalan. Aku terkebelakang satu semester, lantas dia meninggalkan aku. Malang tak berbau, masa aku seorang diri tu aku ditimpa kemalangan. Aku masuk Hospital Sultanah Aminah yang buruk dan merah tu. Patah riuk. Sebelum aku masuk bilik pembedahan, dia datang dari KL.

Lepas habis fasa belajar, aku masih berkawan rapat dengan dia. Kawan paling rapat. 

Sekarang dia nak berhijrah. Of course aku akan rasa kehilangan, tapi yang sebenarnya aku bangga dengan dia sebab bagi aku dia memang insan yang 'kecil-kecil cili padi'.

Dialah BFF aku sejak 1999..dan Insyallah sampai bila-bila. Nama dia Sulastri. Untuk bakal anak-anak murid dia, jangan panggil dia Cik Sue, nanti dia potong markah kerja kursus korang.

Kepada Sulas..Aku doakan kau semoga berjaya..Semoga dengan penghijrahan kau ke sana, maka akan ada peluang la aku berjalan ke sana...*hehehe...harapan kosong*

The end.

Apr 10, 2013

Mari Update Blog

Assalamualaikum

Lama tak update blog. Since rumah aku meriah dengan budak-budak kecik ni, kemampuan aku nak menulis pun semakin menurun. Kemeriahan berkadar songsang dengan penulisan kreatif. Kadang-kadang aku cuma malas. Ala, namanya pun menulis untuk suka-suka, bukannya dapat gaji ke hape..Lain la kalau aku menulis untuk Berita Harian ataupun Selangorkini..*contoh pun dah berbaur pilihanraya..hehe..*

Setelah sekian lama rakyat Malaysia menunggu bilakah tarikh PRU 13, akhirnya hari ni jelaslah segalanya.Tarikh PRU 13 adalah 5 Mei 2013. Style jugak tarikh tu, kan..Sapa-sapa yang dah tetapkan tarikh tu sebagai tarikh perkahwinan, maka akan pergilah mereka mengundi dengan berpakaian songket, siap dengan veil dan crown sekali..*apa signifikan crown dengan pengantin melayu??* Bagi yang dah book tiket untuk pergi bercuti pada tarikh itu terpaksa la membuat keputusan, samada nak memenuhi kepuasan diri atau memenuhi tanggungjawab pada negara..*secara amnya, pergi bercuti lagi seronok dari pergi mengundi, ye dak* Untuk orang kurang aktiviti macam aku, boleh la pergi mengundi dengan penuh bergaya sebab aktiviti hidup takkan bertindih dengan tarikh mengundi.

Pesan aku kepada bakal pengundi sekalian, sila mengundi dengan akal fikiran. Jangan terlalu taksub dengan satu pihak sampai membuatkan anda mengundi secara membabi buta sahaja. Buka minda dan fikir dalam-dalam. Mengundi bukan setakat nak memangkah je. 


The end.

p/s : entry agak boring dan pendek..baru nak warm up..

Mar 20, 2013

Bikin Panas Je

Assalamualaikum

Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sangat mudah untuk terasa terjengkel hari ni. Apa saja orang buat, samada pada aku atau bukan pada aku, darah aku rasa macam separa mendidih je.. Simmering, bak kata penjajah Tanah Melayu dulu. Tak sampai tahap mendidih, tapi kalau teruk sangat memang boleh memcecah 100 darjah celcius la ni. Maafkan aku, ni memang sifat buruk aku. Kadang-kadang takde hujung pangkal, aku rasa aku macam 'panas' je. Apa je orang buat, aku rasa semuanya macam mengarut dan macam saja-saja nak menduga kesabaran aku sambil ala-ala nak menguji IQ aku. Contohnya ada sekali tu, sah-sah la aku pakai stokin fancy ada gambar kartun yang memang takde menunjukkan sebarang unsur perubatan, boleh pulak ada makcik ni tanya kat aku "Kalau nak ambik wudhu, stokin kena bukak la yer?". Seriously, aku tak mampu nak jawab soalan dia, sebab aku rasa IQ aku jatuh 50 mata kalau aku jawab. Lain la kalau stokin tu nampak macam simen hospital ke, nampak macam ankle brace ke, agak logik jugak la soalan dia. Nak kata tak cerdik, dia adalah seorang penerbit, dan pernah menerbitkan rancangan medikal untuk TV1. Apa aku buat masa tu? Aku cuma mampu tarik nafas dalam-dalam je.

*aku tengah menaip tak ubah macam wartawan laman web jenayah.. setiap ketikan membuatkan aku dijeling  oleh bapak aku...tengah ganas sangat sekarang ni, faham tak*

Aku tau aku tak patut marah. Orang tak tahu, jadi dia tanya la. Orang sekadar nak tahu. Yang aku ni macam bagus-bagus nak sentap pasal soalan tak berapa cerdik ni apasal? Anggap je la orang tu tak tahu, dan jawab saja lah soalan dia. Bukannya boleh jadi bodoh pun. Kalau jawab dengan ikhlas, boleh dapat pahala rasanya *maafkan aku, aku sedikit jahil bab-bab agama*. 

Maaf. Kalau nak tahu, ini sifat buruk aku. Memang jadi kepantangan aku orang tanya soalan tak masuk akal.  Dan memang aku makin panas hati bila tengok orang buat perbuatan bodoh, padahal Allah dah kurniakan otak. Otak ada tapi perangai macam ungka. Tengok ! Tak pasal-pasal ungka jadi mangsa cercaan. Tu pasal aku tak suka tengok rancangan macam Wipeout. Orang akan kata, "Ala, orang nak berseronok pun kau nak marah, Faz.. Kau ni tak fun langsung". Fine, aku tak fun. Bukan itu cara aku untuk have fun. Aku memang nerd yang boring. Aku buat puzzle dan word search untuk have fun. To hell with it.

Jadi, tolong jangan buat benda bodoh depan aku. Kalau benda tu memudaratkan kau, dan kau pun tahu, tapi kau buat jugak, sila jangan nak mengadu kat aku kalau apa-apa terjadi kat batang tubuh kau. Aku terjengkel. Rasa macam nak pijak je.

Ini adalah entry berbaur keganasan dan seolah tiada hati perut. Maaf la ye. Sekali-sekala nak kena lepas geram.


The end.

Mar 18, 2013

Previu Lapuk

Assalamualaikum

Aku bukan seorang insan yang trendy. Dulu lagi dah aku bagi pencerahan kepada semua, yang aku memang tak ikut trend. Kalau orang nampak aku buat sesuatu yang menjadi trend masakini, itu adalah sebab aku suka, bukan nak memenuhi keperluan style. Jadi, setelah sekian lama, baru semalam aku menonton filem Istanbul Aku Datang yang membariskan *pergh..membariskan tuh...* Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairi.

Jalan cerita memang ringan, tapi agak segar. Yang paling aku suka adalah lokasinya. Pemandangan memang indah. Aku yakin kalau masa tu kau yang mungkin secomel Lisa, berduaan dengan seorang mamat yang bermuka ordinary macam Beto, berdiri bersebelahan sambil memandang Hagia Sophia yang sungguh majestic, aku yakin kau tetap akan rasa aura keromantikkannya. Ditambah pula watak yang dilakonkan dek Beto tu dibuat agar dia bersikap grumpy pada awalnya, tetapi berjiwa romantik nan tulus suci di akhir filem. Aizat pulak, walaupun kelihatan agak seperti 'kayu kayan' di Hutan Belum, menyuntik sedikit unsur kelakar dalam filem tu. Mau nyer tak kelakar, kalau dah kayu sangat memang lawak la..

Apa pengajaran yang aku dapat dari filem ni? *bukan apa, aku sentiasa nak mencari pengajaran dalam setiap benda yang aku observe..hehehe* Pengajarannya adalah, siapa pun boleh dapat awek yang comel, asalkan jujur dan ikhlas. Dan kemampuan untuk jadi seorang yang 'sweet' juga penting. Apalah gunanya hensem bak Aaron Aziz tapi takde kemampuan untuk jadi 'sweet' demi sorang yang bernama perempuan. Hensem tapi berjiwa kejung adalah gandingan yang malang. Masa tu tak guna la nak menangis kalau awek comel kau disailang lelaki yang bermuka biasa-biasa tapi ikhlas dan berayat 'power'. Lepas ni jangan nak heran sangat la kalau tengok pasangan yang kelihatan tak setanding dari segi rupa. Mungkin muka sahaja yang kelihatan bagai 'kapal perang' tapi berpersonaliti menarik bak 'kapal persiaran', kita mana tau..*apa punya perumpamaan kau pakai ni, wahai faz..memang suka merepek*

Kesimpulannya, 1 jam setengah aku boleh dikatakan terisi dengan filem ni. Tak macam masa aku tengok filem Azura kat Astro hari tu. Rasa macam nak tuntut ganti rugi waktu yang terbazir akibat menonton lakonan ultra-kayu Neelofa dengan Shazs Jazle tu. Sekurang-kurangnya Aizat bukan watak utama, dan kekayuan Aizat buat watak dia jadi sedikit kelakar. Memang aku ucapkan takziah la kepada manusia-manusia lain yang teraniaya *termasuk aku sendiri* akibat menonton Azura.

Untuk meneruskan ketidak'trendy'an aku, dengan ini aku mengisytiharkan bahawasanya aku baru nak menonton The Avengers..Sekian *sengih macam kerang busuk..heheh*


The End.

Mar 11, 2013

Keamanan Aset Negara

Assalamualaikum

Dah banyak hari aku tak update blog. Hampir seminggu lebih. Bukan takde idea nak menulis, cuma bila aku dah tulis seperenggan, aku baca balik, terus takde selera nak publish. Kadang-kadang tu baru tulis tajuk entri terus takde mood nak menulis. Selera nak makan okay je pulak. Tak paham betul.. Isk isk..

Memang banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku. Kalau blogger yang menulis perkara-perkara yang up-to-date, mesti banyak yang boleh dilaporkan. Kalau berkenaan pencerobohan tentera Sulu kat Sabah, hari-hari pun ada berita terbaru. Aku doakan pasukan keselamatan kita yang bertugas kat sana supaya selamat la hendaknya. Walaupun aku tak mengikuti sangat perkembangan pencerobohan tu *tak guna betul aku ni, tak prihatin langsung*, aku harap perkara ni cepat diselesaikan. Semoga keadaan aman dan persekitaran yang selamat dapat dinikmati semula oleh rakyat Malaysia di sana.

Aku ni rakyat Malaysia yang sukakan keamanan. Aku suka hidup dalam keadaan aman damai, tanpa ada sebarang rasa benci dan prejudis di kalangan ahli masyarakat. Kan best kalau semua orang saling berbaik, tak kira kaum dan agama. Apatah lagi antara yang sekaum dan seagama. Hidup jadi indah, berbunga-bunga je rasa hati. Burung-burung berkicauan, sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ditambah pula dengan padang rumput yang tumbuh menghijau dan sawah padi nan menguning saujana mata memandang..*oit, ko tulis pasal apa ni,faz?geli membacanya weih..*

Kalau kehidupan penuh berwarna-warni macam tu, aku yakin tu bukan realiti. Itu mungkin cerita fiksyen sahaja. Sebabnya? Sebab ada rasa benci dan dengki dalam hati manusia. Aku tak cakap semua orang, tapi perasaan negatif tu memang wujud. Mula-mula wujud sedikit je benci, lepas dah diprovokasi dek syaiton nirojjim, bertambah meluap-luap rasa benci. Lepas tu mula la timbul rasa nak marah orang, nak khianat orang, nak bunuh orang. Start la nak ceroboh kampung orang la, nak bunuh orang pastu nak kerat-kerat la,nak korek bijik mata la, hape la..Gila ke apa nak bunuh orang macam tu? Kau takde agama ke..Serang tempat orang pastu nak bunuh orang.. Kalau kau kena bunuh pun tak kira jihad, paham!

Aku harap sangat sepanjang hayat aku nanti, aku takkan berdepan dengan situasi yang menakutkan, contohnya peperangan ke, wabak penyakit ke. Bukan apa, aku rasa aku ni tak cukup kuat nak menghadapi situasi macam tu bersendirian, dan aku tak mahu kelangsungan hidup aku masa tu disebabkan aku bergantung pada orang lain. Aku taknak hidup tapi menyusahkan orang lain. Harap-harap tak jadi la macam tu.

Apa-apa pun, aku harap Malaysia akan terus aman, walaupun mungkin bukan keamanan yang 100%. Cuak gak tengok masyarakat sekarang ni, disebabkan menyokong parti politik yang berbeza pun dah boleh menyebabkan masam muka dan sebagainya. Kan bagus kita ni bergabung untuk kemajuan negara, walaupun berbeza ideologi politik. Ini tidak, tak habis-habis nak memenuhi impian nak jadi PM..aparaa...

Cukup la takat ni.. Fikir-fikirkan la quote kat bawah.

In politics, stupidity is not a handicap
~ Napoleon Bonaparte



The end.



Feb 26, 2013

Sharing Is Caring

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

 "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
"Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
"Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
"Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
 "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
 "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
 "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"



Assalamualaikum

Sekadar berkongsi. Ini adalah lebih kepada untuk simpanan sendiri. Walaupun dibaca setiap hari, kadang-kadang (aku) terlepas pandang dengan makna setiap ayatnya. Berkongsi bukan bermaksud aku lebih pandai, tidak. Aku sangat jahil sebenarnya. Mari kita membaca sambil memahami, Insyallah akan terasa lebih nikmat. :)

The end.


Feb 25, 2013

About Being Just

Assalamualaikum

Orang selalu kata hidup ni tak adil. Budak sekolah yang kena hukum kata cikgu tak adil. Anak yang kena marah akan kata mak bapak tak adil. Isteri yang dipoligami akan kata suami tak adil. Rakyat yang terasa hidupnya tertindas akan kata kerajaan tak adil. Orang yang dah puas berbuat baik tapi masih hidup dalam kesulitan pulak akan kata Tuhan tak adil. Hakikatnya, yang adil cuma Allah. Manusia tak akan mampu berlaku adil, walaupun sudah dicuba sedaya upaya. Jadi, dalam situasi yang menuntut untuk kita bersikap adil, yang mampu kita lakukan adalah cuba untuk bersikap adil semaksimum yang mampu, dan akhirnya kita kena 'mintak halal', dengan harapan kalau ada rasa tak puas hati, boleh la 0-0 supaya takde tuntut menuntut  kat Padang Mashyar nanti.

Macam serius je entri aku ni. Kadang-kadang kena serius gak beb. Especially bila kena kat batang hidung sendiri. Hal ni hal lama, aku rasa macam ditindas. Tapi disebabkan aku ni suka berdiam diri, sudahnya aku ni jadi macam halimunan. Agaknya sebab aku pandai sangat pendam perasaan dan sorokkan emosi aku, sampai orang nampak aku ni macam gembira memanjang. Tapi aku selalu berperasangka baik. Taknak salahkan orang, walaupun kadang-kadang memang dah nyata sangat orang lain yang salah. Aku akan tetap berperasangka baik. Masalahnya, ada waktu tu aku rasa aku ni pulak yang jadi punca masalah. Aku yang buat silap. Sikap menyalahkan diri sendiri ni tak bagus. Boleh buat emosi terganggu. Tapi nak buat macam mana, dah dari kecik dah memang macam tu. 

Nak mengadu kat orang, orang takkan faham. Aku tulis kat sini pun bukan nak mintak simpati, bukan nak mintak orang tanya apa masalah aku. Bukan. Aku cuma nak tulis. Itu tujuan asal aku mula blogging semula. Cuma nak tulis dah luahkan perasaan.

Cuma boleh mengadu pada Allah. Sebab Allah Maha Mengetahui. Takkan boleh sorok apa yang ada dalam hati. Mengadu sehabis-habisnya. Lepas tu akan rasa lega yang teramat. Rasa macam boleh bernafas dengan lapang dan boleh senyum semula.

Aku akan berperasangka baik, bahawasanya orang sebenarnya takkan mampu untuk adil walaupun dah cuba. Sebab tu ada orang yang tak adil kat aku..Mungkin dia dah cuba untuk adil, tapi tak terlaksana. Mungkin juga sengaja tak adil, sebab dia tengok yang aku ni takkan melawan. Entah...Takpe..Memang sifat manusia dah begitu, penuh dengan kekurangan. Hanya Allah yang sempurna. Takpe, aku redha.

The end.

“Being good is easy, what is difficult is being just.”
~Victor Hugo

Feb 19, 2013

Girls & Boys

Assalamualaikum

Perempuan dengan lelaki ni, memang sesungguhnya kejadian Allah yang berbeza betul sifatnya, kan. Walaupun ada yang berjaya jumpa yang sekepala dan boleh 'click', tetapi yang sama itu mungkin cuma hobi, dan mungkin juga karekternya, tapi hakikatnya cara berfikir orang perempuan dengan lelaki ni memang lain pun. Agaknya tu yang orang barat kata, 'Mens are from Venus, Women are from Mars'..*or is it the other way around..* Kita tengok mak bapak kita, kalau sorang tu macam pendiam, sorang lagi selalunya peramah tahap overdose. *mak aku le tu*. Kadang-kadang bila sorang garang, sorang lagi mesti macam cool sikit.. Kalau idak,mau bernanah telinga anak bila time kena marah kalau mak bapak buat tag team, ye dak? Tapi selalunya pemikiran yang berbeza tu yang buat diorang boleh hidup bersama untuk jangka masa yang lama. Soalan aku, adakah ketidaksesuaian perangai tu yang buat pasangan zaman moden ni ramai yang terkandas di pertengahan jalan?*pergh...ayat aku dah macam novel melayu*

Agaknya, dalam ramai-ramai orang dalam dunia ni, aku adalah antara manusia yang tak layak nak cerita pasal relationship, terutamanya pasal hubungan orang yang berkahwin. Sebab aku takde pengalaman. Setakat pengalaman cinta monyet adalah..*chup..apsal orang melayu kata cinta monyet, omputeh kata puppy love?* Pengetahuan yang aku ada pun setakat dari pemerhatian orang-orang terdekat dan juga yang jauh. Nak buat kesimpulan pun tak berani jugak, sebab bahan kajian aku tak meluas sangat *kajian sangat la faz...toksah ngarut* Cuma yang aku nampak di zaman moden ni, kalau perkahwinan tu boleh tahan 10-15 tahun, dah macam satu perkara yang extraordinary dah..Padahal mak bapak kita selamba je dah kawin berpuluh tahun. Ada yang lagi malang, baru kawin 2-3 tahun dah berpisah. Gambar kahwin pun masih cantik dan valid *selalunya kalau yang dah kahwin lama, gambar kahwin dah jadi sedikit kelakar dan masuk kategori klasik*. Sebagai pemerhati, situasi ini agak membimbangkan dan sedikit menyedihkan.

Jadi, apa kesimpulannya? Takde kesimpulan pun. Cuma aku doakan perkahwinan keluarga terdekat dan kawan-kawan aku akan berkekalan dan bahagia. Kepada yang single, life has much to offer. Jangan stress. *aku pernah jumpa orang yang tak boleh takde BF..dan sekarang bila single, otak dia jadi stress..macam nak biol pun ada* Just live your life to the fullest and enjoy every single moment of it...

The end.

“The happiest people don’t have the best of everything. They just make the best of everything.”


Feb 13, 2013

Entri Pasca CNY

Assalamualaikum

Dah banyak hari tak update blog. Takde apa yang luar biasa sangat yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni. Tapi sebenarnya banyak je benda-benda yang terjadi di luar sana. PSY datang Penang la, ada orang mati tertembak, ada artis mabuk kepayang yang kisah cintanya tak habis-habis keluar paper la..Jadi, apa tugas aku? Tugas aku adalah usya jer dari jauh..Hehe.

PSY datang buat show di Penang. Sejujurnya, aku dah muak sangat dengan mamat Korea ni, lagu Oppa Gangnam dan juga tarian ala kudanya itu. Mula-mula aku tengok video klip lagu ni dalam Youtube, aku rasa "okaylah..boleh jugak la layan lagu ni..rancak". Tapi makin lama dah jadi macam viral. Yang buat aku bertambah menyampah, makin banyak video parody. Lepas tu keluar macam-macam lagu imitation. Aku tak tau pada orang lain, mungkin diorang kata "ala, just for fun..itu pun nak amik serius sangat..". Fine, kalau korang bebas nak kata korang suka lagu tu, aku pun bebas nak kata aku muak. That's it. Mungkin jugak aku menyampah sebab aku ni memang anti benda-benda yang jadi viral ni. Kalau dah ramai sangat orang suka dan tergila-gilakan suatu benda, aku yang mula-mula okay dengan benda tu terus naik meluat. Memang dah pe'el agaknya.

Lepas tu aku terbaca beberapa hari lepas, ada rakyat Malaysia yang merupakan wartawan Al-Jazeera mati tertembak diri sendiri. Dalam paper tu tulis, wartawan ni belek-belek raifal kawan dia lepas tu tertembak diri sendiri. Walaupun benda ni tidak mustahil untuk berlaku, tapi kena la siasat dalam-dalam. Takkan la dia begitu cuai sampai boleh tertembak diri sendiri, mangsa bukannya budak kecil yang tak tau senjata tu bahaya. Mana la tau kut orang lain yang tembak dia, ataupun dia kena ugut untuk bunuh diri. *memandai je aku ni kan..ni la akibatnya banyak sangat tgk CSI la, Criminal Minds la..* In the end, semua benda boleh jadi, kan..?

Artis kecewa bercinta sampai buat video meratap kat Youtube, sambil meratap tu boleh pulak lagi nak petik gitar nyanyi lagu Ombak Rindu..hesh..tak minat la..sebelum dia meratap pun aku memang tak layan lagu dia, bila dah ber'drama' macam ni lagi malas nak layan..

Setiap hari macam-macam benda berlaku kepada macam-macam orang. Ada perkara kecil, ada juga perkara yang besar. Cuma aku harap, aku cukup kuat nak tanggung benda yang sedang dan bakal berlaku dalam hidup aku..InsyaAllah..

The end.

p/s : kome semua seronok ke kerja setelah 4 hari bercuti..? hehehe...

Feb 6, 2013

CNY Is Coming.

Assalamualaikum

Dah nak dekat seminggu dalam bulan February, tapi hari ni baru la ada semangat sikit nak menulis. Sebenarnya, sejak hari Sabtu lepas aku demam, dan baru semalam sihat sepenuhnya. Tapi dalam demam-demam pun aku duk bersemangat juga membuat cookies. Minggu lepas aku terjumpa resepi Butter Cookies kat sini, jadi aku pun teruja nak mencuba. Resepi tu guna butter sikit je, 75g, jadi aku rasa korang boleh agak la berapa bijik je yang boleh dapat dengan satu adunan, iaitu kira-kira 30 biji *tapi saiz agak besar, sebab aku guna cookies cutter yang besar sikit, baru ler nampak mcm cookies omputeh..heheh*. Disebabkan keterujaan itu, aku pun asyik post gambar biskut tu kat wall Facebook. Sudahnya, ada kawan yang tergoda lantas meng'order. Tu yang bukan main gigih aku buat biskut walaupun demam. Aku memang suka baking, dan demam pun tak berapa teruk, so takde hal sangat la.

Hujung minggu ni Tahun Baru Cina. Mesti kawasan rumah aku ni akan bising dengan bunyi mercun. Lorong rumah aku ni, rasanya ada 20 buah rumah, dan kalau tak silap 90%  daripadanya adalah penduduk berbangsa Cina. Aku duduk kat sini dah dekat 30 tahun, dan sepanjang hidup aku lorong ni memang tak pernah ramai orang Melayu, jadi aku memang dah imun dengan bunyi bising mercun, dari mercun yang meletup dan nampak cantik tu, sampai la ke mercun warna merah yang bunyi macam nak kasi pecah gegendang telinga tu. Lagipun aunty Cina sebelah rumah ni selalunya bagi aku angpau time raya cina. So setakat bunyi-bunyian mercun ni, takde hal sangat la. Masa CNY ni dapat la tengok lion dance. Aku suka tu..

Baik betul mood aku ni nampaknya. Semuanya takde hal..Hehehe..

Kepada yang berkenaan, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina Tahun Ular..*orang melayu kata kalau mimpi jumpa ular, maknanya jodoh is coming..heheh..*

The end.