Jun 23, 2015

Entri Tahun 2015

Assalamualaikum

Ni la entri pertama untuk tahun ini, 2015.

Kenapalah yang jadi pemalas sangat ni, Faz?

Faz kata laptop rosak. Nasib baik ada laptop lama yg berat dan slow ni, berbakti jugalah di kala laptop yang kecil tu rosak. Cadangnya kalau ada budget yang berlebihan, boleh la beli laptop baru, tapi di zaman kemelesetan *mmg setan sungguh la* ekonomi ni, baik la amalkan sifat berjimat cermat. Harap-harap jangan la handphone pulak buat hal. Laptop atau handphone, mana lebih penting? Bagi aku buat masa ni, rasanya handphone lebih penting. Haiiiii... Kalau dikenangkan 20 tahun dulu di kala takde gadget, rasanya hidup lebih simple dan chill. Memang la gadget ni berguna dan mempunyai fungsi yang sepatutnya memudahkan kehidupan, tapi dalam masa yang sama, gadget ni juga boleh menyusahkan hidup orang.

Rasanya lepas ni nak kena rajin update blog la, walaupun blogging is sooo 2010. Zaman sekarang ni orang lagi suka update Instagram dengan gambar-gambar yang pelbagai.

Belum lambat nak ucapkan selamat berpuasa, jadi saya nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan. Semoga Ramadhan tahun ni lebih power daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Jaga kesihatan dan jangan membazir ye.

The end


Dec 2, 2014

Post Pemalas

Assalamualaikum

Malas sangat nak update blog sekarang ni.
Peram je la dulu..