Feb 17, 2014

Resepi 004 - Kurma Ayam

Assalamualaikum

Dah setengah bulan baru nak update blog.. Pemalas sungguh.


Hari ni mummy saya masak lauk kurma ayam. Meh kita tengok apa yang dia letak..


Bahan-bahan :
1 kg ayam -bersihkan, potong-potong la kepada berapa banyak bahagian yang korang suka, lepas tu letak garam dan kunyit, goreng sehingga 3/4 masak
5-6 biji telur ayam - rebus, kupas kulit lepas tu goreng.
150 gm bawang besar*
50 gm bawang putih*
2 inci halia* - sila kisar bahan-bahan yang ada tanda * ye, bukan yang ada tanda pangkah, ini bukan filem ali baba bujang lapok.. okay, tak lawak.
2 labu bawang besar, belah 4
2 biji tomato, belah 4 juga
3 biji kentang, belah 4 *belah 4 sokmo* , rebus dan goreng
5 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
1/2 cawan susu cair, dan bancuh dengan 2 sudu besar orang sunquick *ini secret recipe mummy saya..baik tak saya, siap berkongsi resepi rahsia..

Rempah tumis:
1 1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih

Barang-barang sudah ready? Mari kita masak ye adik-adik.

Cara-cara:
- Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan rempah kurma, masakkan lagi sehingga rempah garing. Tambahkan air dan kecilkan api sehingga semua bahan masak. Masukkan rempah tumis.

- Masukkan ayam yang telah digoreng, bawang besar dan kentang. Tambahkan kerisik dan susu cair. Tambahkan air jika perlu. Masak hingga pekat. Akhir sekali tambahkan telur rebus yang digoreng dan tomato.



Siap. Dah boleh dihidangkan.

Jangan lupa masak nasi ye. Karang ada yang makan lauk je pulak. Sedih pulak korang nanti.

Selamat mencuba.

The end