Dec 30, 2012

Menjelang Tahun Baru

Assalamualaikum

Tahun 2012 dah nak habis..maka simpan jelah semua memori tahun 2012 dalam lipatan sejarah hidup..macam biasa la, ada benda best, ada juga benda tak best..tapi setiap tahun pun mesti ada satu perkara besar yang terjadi..sama jugak la macam tahun 2012..nak dikenang lebih-lebih pun buat syahdu jiwa je, jadi malas la nak diingat-ingat sangat..

Aku yakin esok sure ramai yang akan up kan azam tahun baru sebagai status Facebook..aku malas la nak berazam-azam ni..selalu azam tak kesampaian pun..masa sekolah dulu rajin la nak berazam bagai, itupun pasal nak amik exam besar mcm PMR dan SPM..siap lekat kat almari asrama..nak menaikkan semangat nak study la kononnya..dah nama pun STUDYING..mcm nak DYING juga la belajar..

Sempena tahun 2013 ni aku harap life aku akan lebih menggembirakan..dan aku nak ada lebih drama dalam hidup aku, tapi drama yang tak melibatkan aku la..aku nak jadi penonton je tahun ni sebab aku rasa aku dah mencetuskan drama masa hujung-hujung 2012..jadi aku nak biarkan orang lain je yang jadi pelakon..so, just wanna chill, relax and sit back.

Selamat Tahun Baru Masihi untuk semua..!!

The end

Dec 28, 2012

Status Yang Panjang

Assalamualaikum

Rumah aku ni selalu je orang datang, tak kira cuti ke tidak ke..Aku bukannya tak suka orang datang rumah..Sebenarnya aku tak kisah pun..Cuma lately ni aku malas nak layan kalau orang yang datang tu adalah orang yang dah lama sangat tak datang, especially kalau orang tu tak tahu condition aku sekarang ni..bukannya apa, aku malas nak dengar re-run cerita macam mana aku boleh jadi macam ni..malas sesangat..moment kemalangan tu adalah sangat tak best, dan kalau boleh tak nak aku ingat-ingat dah..tapi nak buat macam mana kan, terpaksa la cerita over and over and over again..jemu dan irritated.

Cerita ni takde flow pun..cuma kalau nak jadi status FB nanti jadi panjang sangat pulak..so lepas geram kat sini la..Sekian..heheh

The end

Dec 27, 2012

Marathon Sembang

Assalamualaikum

Semalam ada 2 orang kawan aku datang..kawan lama betul ni..aku dah kenal diorang berdua sejak Tingkatan 1, maknanya dah lebih kurang 18 tahun la..walaupun tak selalu berjumpa, tapi still boleh layan borak..rekod baru tercatat semalam, borak non-stop dari pukul 11.30 am sampai 5.30 pm..berenti beberapa minit untuk solat dan hal-hal ketandasan je..masa makan pun masih bersembang lagi..

Macam-macam cerita la yang keluar semalam..kebanyakannya berkaitan kawan-kawan masa sekolah menengah rendah dulu..agak menakjubkan juga la cerita-ceritanya..ada kawan lelaki yang dah buat pembedahan breast implant dan dah buang balik, ada yang kawin dengan mat saleh, ada yang pengantin lelaki menghilangkan diri masa hari akad nikah..ish ish..rasanya kalau diorang bersembang tanpa aku, sure cerita aku yang kemalangan dan sekarang berkerusi roda pun masuk juga..hebat jugak kawan-kawan sekolah aku ni..macam drama swasta pun ada..takpelah, itu semua dah memang bahagian masing-masing..kawan aku yang tak jadi kawin sebab tunang dia hilang tu pun dah kawin dengan orang lain..nak dapat yang lebih baik, ye dak..cuma dugaan sebelum nak dapat yang lebih baik tu yang kadang-kadang berat tak tertanggung..tapi berat macam mana pun, rasanya boleh diharungi..dah Allah kata yang Dia bagi dugaan kepada hambanya yang boleh menerimanya, apalah kita ni sebagai hamba nak argue lagi..kuatkan semangat je la..

Kepada kawan aku yang dua orang tu, terima kasih la sebab datang..penat aku gelak semalam, korang tau tak!! heheh, kalau lapang datang le lagi ye, kambing-kambing sekelian..p/s: aku memang panggil diorang berdua ni kambing, jangan salah anggap ingat aku berkawan ngan kambing betul pulak ye.

The end.

Dec 24, 2012

Jingle The Bell with The Hobbit

Assalamualaikum

Hari ni best juga..aku keluar dating dengan awek sepanjang zaman aku a.k.a BFF..dia ajak aku gi tengok The Hobbit..sejak zaman belajar lagi kitorang boleh dikategorikan sebagai peminat setia LOTR..secara khususnya, aku adalah peminat Legolas dan kaum elven..so, pastilah aku takkan melepaskan peluang untuk menonton movie ni..menarik sangat-sangat walaupun ada satu masa tu mata aku macam tertutup untuk tempoh 5 saat..kih kih..nama je peminat setia, boleh pulak aku terlelap..sebenarnya kepala aku pening, tu yang membuatkan 45 minit pertama tu aku menonton dalam hazab..lepas aku goncang-goncang, goyang-goyangkan kepala aku, baru la rasa okay sikit..pe'el sakit kepala ni sebenarnya akan terjadi kalau aku naik kereta..nampak benar aku ni jarang keluar rumah..asal naik kereta je kepala aku start pening, pastu kalau sebelum tu aku makan makanan yang agak heavy, siap la rasa macam nak termuntah bagai..haiii...camne la nak berjalan jauh..kena jumpa doktor, amik ubat pening la gamaknya..pening tu akan hilang 30-45 minit lepas aku turun dari kereta..tu yang kadang-kadang nampak aku goyang-goyang kepala tu..kalau mak aku tau, siap le dia nak menggelabah karang..so, duk diam jer la..

Seingat aku, kali pertama aku menonton wayang dengan kawan-kawan adalah masa aku Tingkatan 2..start dari tu, aku macam ketagih tengok wayang..walaupun masa aku nak amik PMR, hobi tengok wayang tetap on macam biasa..bila masuk asrama, aku tengok wayang time aku balik bercuti..bila masuk UTM, aku tengok wayang masa balik bercuti dan juga masa kat JB..lepas tu aku jatuh..bertahun juga aku tak masuk panggung wayang..lepas tu awek sepanjang zaman aku ajak tengok Twilight Eclipse..semenjak tu, aku start tengok wayang kat panggung semula, tapi tak berapa aktif sangat la..mak aku kata pe'el suka tengok wayang ni aku warisi dari arwah atuk Mahmood aku..mak aku kata arwah atuk pernah buat marathon tengok 3 movie secara back-to-back kat panggung dalam sehari..kih kih..kalau arwah hidup lagi, sure aku ajak dia menonton sekali..baru la ada geng..Lepas ni tunggu tahun depan je la aku tengok movie baru kat panggung lagi..(heheh..padahal lagi seminggu je lagi nak masuk tahun baru 2013)..

Ha..sebelum lupa, ucapan Merry Xmas kepada salah sorang kawan amoi aku, antara kawan yang terbaik..iaitu Melissa Wong Suyin..

Kepada yang tidak menyambut Xmas, selamat bercuti !

The end.

Dec 19, 2012

Jalan-jalan Cari Pasal

Assalamualaikum

Pagi tadi aku pergi JPN..buat ic baru..proses membuatnya sekejap je sebab kat pejabat tu ada kaunter khas untuk OKU dengan warga emas (bapak aku pun buat sekali)..jadi, bila sampai je, amik nombor, tunggu 3 minit, akak kaunter yang bermuka mesra alam panggil, lepas tu amik gambar oleh pakcik muka tak mesra alam..settle..proses keseluruhan adalah dalam 10 minit..kos buat ic baru, iaitu RM 10 pun aku tak payah bayar..heheh..kira okay la kan..dah aku tak boleh jalan..apa la salahnya hiburkan sikit hati aku dengan benda-benda free..yang tak bestnya adalah masa yang diambil untuk perjalanan..jarak dari rumah aku nak ke pejabat JPN kat Jalan Reko, Kajang adalah agak jauh..kalau nak kira perjalanan  40 minit, yang tanpa kesesakan lalu lintas, maknanya jauh la tu..lagipun, aku ni, kalau berjalan dengan mak bapak setakat HUKM tu pun boleh buat aku pening sampai nak muntah..kalau nak berjimba dengan kakak-kakak atau rakan-rakan, elok je tak pening..heheh

Anak-anak sedara aku takde..bercuti ke Rome..hehe..boleh tahan budak-budak ni, jauh dah perjalanan diorang..bagus la, jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan..mak aku kata zaman sekarang ni kalau tak pergi pun dapat juga tgk kat tv..tengok aje lah kat channel TLC..oh mak aku yang aku sayangi, tak leh gitu..mana nak sama tengok Taj Mahal kat tv dengan tengok depan mata siap dengan ambience nya, ye dak?..mana nak feel tengok Taj Mahal tanpa bau-baun dan aroma negara India..macam la tengok kangaroo kat tv dengan tengok dan sentuh kangaroo depan mata kat Australia..banyak beza, derr...

Kalau aku, dari dulu sampai sekarang, tempat yang aku nak pergi adalah negara Mesir...aku minat arkeologi,   jadi kalau aku dapat ke sana, bak kata omputeh, macam budak dapat masuk candy store la..sure mabuk mumia aku..aku belum padamkan cita-cita aku ni..harap-harap satu hari nanti aku dapat pergi sana..harap-harap la..

Tapi buat masa sekarang ni, tempat yang aku nak pergi adalah rumah along aku, sebab nak download movie kat internet..internet rumah aku macam siput babi, walaupun tak perlu disamak tapi tetap menggelikan jari kalau disentuh..macam tu la internet rumah aku, walaupun boleh mendownload tetapi tetap menyakitkan hati bila tengok time duration of downloading nya..nak download satu cerita, sempat masak nasik beriyani dengan lauk-pauknya, pun belum tentu dah siap muat turun...cheis..

Dah nak maghrib rupanya..nak gi mandi la..

The end.



Dec 15, 2012

Hujung Minggu

Assalamualaikum

Mula-mula sekali, aku nak ucapkan selamat hari jadi kepada kakak aku yang sulung..kepada Along yang tersayang, selamat hari jadi, dimurahkan rejeki dan dipanjangkan umur..makin hari makin cantik..aku pulak yang seram, mana la tau kalau umur dia gostan macam dalam filem The Curious Case of Benjamin Butang, sampai satu tahap sure aku lagi nampak tua dari dia..ngeri nak dibayangkan seyh..

Hujung minggu ni kebosanan dia lain macam sikit..Along aku takde, gi berjalan dengan anak-anak..hari ahad nanti Angah aku pulak nak angkut anak-anak dia gi vacation..memang kebosanan tahap membunuh la..

Dah la bosan, idea pun takde..

Dah la dulu..sebelum aku melalut, baik aku blah dulu..layan je la Anugerah Planet kat Astro ni..

The end.

Dec 12, 2012

12/12/12

Assalamualaikum

Cantik tarikh hari ni, kan? ada la sorang manusia ni dulu, konon-konon nak booking tarikh ni untuk wedding dia..so, bersempena dengan tarikh hari ni, aku nak mengucapkan selamat-tak-jadi-kawin kepada manusia tu..kih kih kih...kalau la dia baca blog ni, sure dia kata aku kejam pastu taknak tegur aku lagi dah..heh..pedulik hape, dia bukan boifren aku pun...

Orang zaman sekarang ni suka je la nak buat event pada tarikh-tarikh cantik mcm tarikh hari ni..budget best sangat la konon..heheh..okaylah, suka hati korang la, event korang..cuma jangan taksub sangat dengan tarikh yer, semua yang berlaku mesti dengan izin Allah..toksah nak melalut sangat nak percaya tarikh-tarikh ni..

Apa-apa pun, pada aku 16 june adalah tarikh paling best..sebab ia adalah birthdate aku..muahaha..

The end.

Dec 11, 2012

Home Work

Assalamualaikum

Antara kerja harian aku kat rumah ni adalah melipat-lipat kain. kerja remeh tapi kena buat juga. orang kat rumah ni siap konon-konon puji lipatan aku cantik la, saiz konsisten la..chit..nak suruh, suruh je la..musim-musim hujan ni buat aku teringat masa duduk asrama dulu.

Masa aku kat asrama dulu, both masa sekolah dan uni, benda yang paling aku malas nak buat adalah basuh baju..sebenarnya aku bukan malas proses membasuh tuh, yang aku malaskan adalah nak bertudung bagai nak gi menyidai kain basuhan, nak berkongsi penyidai dan nak memikirkan tempat nak menggantung baju yang tak kering kalau hari hujan. kalau kat rumah takde hal la, boleh je aku sidai kat penyidai, lepas tu letakkan je kat depan rumah. ada bumbung. kalau hujan pun tak payah nak berkejar sakan. tapi malas-malas aku nak membasuh, aku gagahkan juga la..kang tak berbaju pulak aku nanti. 

Kat UTM, proses sidai menyidai baju ni jadi makin tak best, especially masa aku duduk bilik single. bila blok kecik, penyidai pun ada dua baris je..dah nak berebut tempat menyidai pulak..dah la awek-awek ni, baju-bajunya banyak makan ruang. imagine, kalau sorang awek berpakaian lengkap berbaju kurung ke kelas, bila baju tu dah basuh dan nak disidai, cuba kira berapa piece?baju kurung 2 piece, kain dalam 1 piece, tudung yang sedondon dengan baju 1 piece. kalau awek pemalas macam aku ni, tshirt 1 piece je..sebab jeans dengan tudung aku tak basuh hari-hari..bersifat ekonomikal la kononnya..

Jadi, untuk memudahkan hidup aku, kalau hujung minggu yang aku nak balik rumah, aku akan basuh baju. selalunya banyak la..lepas perah sampai merah-merah tangan, aku gantung baju pakai hanger, sangkut kat penyidai tuala, letak kat bawah kipas..pasang kipas speed paling laju, tutup lampu, kunci bilik dan aku pun bergerak ke Larkin, naik bas balik KL..bila aku balik asrama semula pada hari ahad, baju aku semua dah kering..taraaa...hehehe

Masa tu hidup berkelana, boleh le buat perangai tak senonoh gitu, ye dak?

The end.

Dec 10, 2012

Kalau La Boleh...

Assalamualaikum

Dah 31 tahun aku hidup atas bumi Allah ni..dari hari aku lahir, lepas tu hidup sebagai seorang kanak-kanak, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk sekolah asrama, masuk universiti, jatuh dari bangunan sampai patah segala macam tulang, sampai la saat ni, berusia 31 tahun dan berkerusi roda, seingat-ingat aku, aku ni bukanlah seorang manusia yang pemarah. bukan la tak pernah marah, cuma aku senang reda la kalau aku marah. tapi jangan diingat iolss ni takde perasaan untuk sentap yer uolss..!

Di saat ini, kalau la boleh, nak je aku letupkan tv ni..kalau itu terlalu hardcore sebab akibatnya nanti semua orang tak boleh menonton tv, aku tone down sikit la..kalau boleh aku nak channel Korea HDOne kat rumah aku ni rosak..biar langsung satu hapah drama Korea pun tak keluar..boleh agak tak kat sini apa puncanya? 

Yer adik-adik, kat rumah ni ada hantu drama Korea yang follow sampai 3 drama sekaligus..satu drama makan masa 1jam 20 minit..dan lebih malang nasibku lagi, ada satu drama tu siap boleh tibau 2 slot, iaitu pukul 10.15pm sampai 11.45pm..dan sungguh durjana sekali semua drama ni ada siaran ulangan pulak tu..so kalau hujan lebat sampai takde gambaq tu, boleh la qada..dan kalau saja2 nak ulang pun boleh sebab syok la gamaknya ceritanya itu..

Sampai saat ni aku belum la tahap nak marah2 pasal mania-drama ni..cuma jiwa sentap..rasa nak termuntah pun ada..

Semoga Allah bagi aku kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi pancaroba duniawi ni...Haish....!

The end.

The Urge to Kantoi

Assalamualaikum

Terbaca pasal Zee Avi dalam newspaper semalam..i love this girl. badan kecik je tapi bakat sangat besar, macam berkali-kali ganda saiz badan dia. dalam artikel tu ada tulis yang dia tulis lagu masa naik bot kat Florida. fuh, memang unik. bagi aku lagu-lagu dia memang jenis yang menenangkan jiwa. rilek je kut dia nyanyi, takde pun tarik-tarik suara sampai keluar urat leher.

Tiba-tiba malam semalam terasa macam nak dengar lagu Kantoi. carik punya carik, rupanya aku takde lagu ni dalam laptop aku. okay, no big deal. so aku fikir, download je la. ternyata dunia internet telah mengecewakan aku. ada ke nak download lagu seBESAR lebih kurang 2mb nak kena tunggu sampai 10 minit? fine, aku pun download je la..lepas tu aku tatau la line internet aku kena serangan jantung ke, serangan strok ke hape, instead of waktu mendownload tu jadi makin sekejap, ni jadi makin lama. 10 minit bertambah seminit jadi 11, bertambah lagi seminit jadi 12..keep on increasing sampai jadi 50 minit..WTF!! aku gave up, terus tak jadi download..tak pepasal aku aku mengidam nak dengar lagu tu.

Bangun pagi ni, masih terasa nak dengar lagu tu..terus download..dengan lagu Bitter Heart sekali..termasuk la Siboh Kitak Nangis yang aku tak faham sepatah haram pun..(tu la, dulu ramai geng Sarawakians takmo belajar cakap sarawak..padan muka!)

Zee Avi, please keep on making beautiful music..!

The end.

Dec 9, 2012

Back to Blogging

Assalamualaikum..

Dulu aku ada blog. rajin jugak la update. ada la jugak orang baca, kawan-kawan rapat dan beberapa orang yang aku tak kenal. lepas tu aku stop sebab mental block. so aku stop menulis, dan terus tutup blog aku. 

Lepas tu ada la beberapa peristiwa naik turun dalam hidup aku yang rasa aku tak boleh nak berkongsi sangat dengan semua orang. sekarang aku rasa aku di tahap paling bawah. diibaratkan kalau tayar kereta yang berpusing tu, kiranya life aku sekarang ni berada pada lowest point, iaitu point di mana hidup aku tengah bergesel dengan jalan tar. ye kawan2, life saya tengah sangat sucks sekarang.

Tapi seteruk mana pun aku rasa life aku sekarang ni, aku tetap kena kuatkan semangat. kalau tengah-tengah malam rasa mcm nak mengalir air mata, itu normal la..asalkan aku tak menangis 24-7..takpe, kalau tak tahan sangat, aku mengadulah kat Allah..itu yang paling baik.

So, i'm back into the blogging world. nak start macam dulu. when life was much more simpler..

The end.