Jan 26, 2014

Resepi 003 - Mee Goreng Mak Aku + Birthday Dedication

Assalamualaikum

Aku tak berapa nak ada mood nak buat lawak sarkis, jadi aku beri amaran yang entry kali ini akan jadi agak bland dan boring.

Tapi menu hari ini dijamin memang tidak bland, kerana ianya penuh dengan perisa dan kalori. Disebabkan bosan makan nasi, hari ni Puan Mummy masak mee goreng basah yang seksi * basah = seksi? terus kena ada cop PG blog aku ni nanti..mahap..*


Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning, celur dalam air panas dan toskan
Sawi, bersihkan dan potong-potong ikut saiz yang digemari *sayur baik untuk kesihatan  **see, betapa boringnya lawak aku hari ni
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih *sila kisar bawang putih dan merah
3 sudu besar cili mesin

Bahan-bahan perencah:
Daging, udang, sotong, air rebusan ayam *kuantiti ikut selera korang la..jangan la banyak bebenor, nanti dah tak jadi macam pepatah "ada udang di sebalik mee", nanti jadi "ada mee di sebalik udang" pulak

Bahan-bahan perasa:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
Gula secukup rasa, garam takyah sebab kicap dah masin *tapi kalau ada yang nak menternak penyakit darah tinggi, boleh la bermula sekarang dengan menambahkan garam dalam masakan..kalau terlebih masin nasib korang la

Cara-cara:
-Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar dan cili, kacau hingga garing. Masukkan air rebusan ayam, bahan-bahan perencah dan bahan-bahan perasa. Masukkan gula. Lepas tu pandai-pandai korang la nak adjust rasa ikut selera korang, Biarkan sedikit pekat.
- Bila dah memekat dan rasa dah memenuhi taste korang, masukkan mee dan sayur. Kacau rata, jangan biar lama-lama, nanti kering. Kalau kering dah tak boleh dipanggil mee goreng basah dah..
-Angkat, hidangkan dan makan. Jangan lupa baca doa makan ye.



Bahagian kedua entry hari ini.

Gambar bawah ni diambil pada tahun 1998. Masa tu aku dalam Tingkatan 5.


 Ni kawan aku, nama dia Farah Shalina bt Abu Kasim. Dulu dia duduk kat Gombak, dan semangat ke-Gombak-kan dia memang tinggi. Masa kitorang sama-sama belajar kat UTM dulu, dia memang suka balik rumah, pantang ada kelapangan sure dia akan kembali ke Gombak. Patutnya dia boleh jadi Miss Gombak tahun 1999 sebab dia dan Gombak memang tiada boleh berpisah juga *dah berapa kali aku mention Gombak ni..*

Hari ini, 26 Januari adalah hari jadi dia. Jadi, di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari jadi kepada Farah Shalina, dengan ucapan semoga kehidupan awak dan keluarga akan sentiasa diberkati Allah, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Dan harapnya tahun ini punya raya gathering, dapatlah awak dan keluarga memunculkan diri sebab kami * baca: faz,sulas,mai,erin,cnor dan rini* dah lama tak jumpa awak sekeluarga.. Rindu, siot..!

Dah..

The end




Jan 4, 2014

Resepi 002 - Rendang Ayam

Assalamualaikum

Hari ini Puan Mummy masak rendang ayam. Belum rendang cukup kering, aku dah heboh nak snap gambar. Nampak jelas la dalam gambar yang rendangnya belum kering pun. Selalu orang masak rendang, takde tumis-tumis, kan? Resepi mak aku lain sikit, dia dapat idea nak menumis ni dari Mak Long aku yang duduk di Melaka tu. Dua orang sepupu ni kalau duduk sekali, takde la benda lain nak bercerita, asyik cerita pasal masak-memasak je.


Mak aku ni hari-hari masak lauk penuh perisa, macam nak sabotaj projek 'makan-portion-sedikit' aku je..huhuh...

Okay..mari kita belajar macam mana mak aku masak rendang..

Bahan-bahan:
1 1/2 kg ayam, potong la kepada berapa bahagian yang korang suka, pastu jangan lupa basuh. kebersihan penting, ok.
Santan pekat dari 2 biji kelapa
50g kerisik
450g bawang merah 
2 inci halia *agak-agak sudah ye..pembaris is not needed
1 inci lengkuas
1 cawan cili mesin
3 batang serai
1 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut

Cara-cara:
- Kisar bawang,halia,serai dan lengkuas *kalau teringin nak bina muscle, sila guna batu tumbuk, jangan guna blender
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi *untuk pastikan dah wangi ke belum, apa kata tanya jiran belakang rumah, kalau dia dah bau, dah wangi la tu..tapi kena la bagi rendang sikit bila dah siap nanti
- Masukkan cili mesin, kacau sehingga garing
- Masukkan ayam dan santan sedikit demi sedikit. *kuantiti santan tu, agak-agak cukup untuk empukkan ayam je, simpan sikit pun boleh supaya boleh tambah kemudian kalau ayam belum empuk..kalau ayam tu taknak jugak empuk, hempukkan je dengan frying pan..**sila abaikan tips yang terakhir itu.. hehe
- Sambil kacau, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
- Tambah garam secukup rasa *jangan terus tambah garam banyak-banyak, sebab bila rendang mengering, nanti jadi lagi masin, nanti kena darah tinggi.. ** pesanan khidmat masyarakat dari Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kalau ayam belum empuk, tambah lagi sikit santan.
- Masak sehingga kering *sapa suka gravy lebih, jangan biar jadi kering sangat..nanti sedih pulak nak makan kalau takde gravy
 - Siap dan boleh dimakan. Suka hati la nak makan dengan nasi ke, nasi lemak ke, pulut ke, nasi himpit ke, kalau nak try buat fusion menu, korang belasah la makan dengan pasta..mana tau kut sedap nanti..hehe



Disebabkan rendang, aku makan nasi 2 kali hari ni... Ranap diet mak, uolls..!

The end



Jan 3, 2014

Resepi 001 - Roti

Assalamualaikum



Amacam? Ada rasa mcm terliur tak dengan gambar di atas? Adakah gambar tersebut membuat anda terus lapar dan membuatkan anda teringin nak makan roti? Adakah minda anda mula berfikir-fikir bagaimana agaknya rasa roti di atas jika dicicah pada air teh tarik yang hangat? Adakah.. Adakah.. Adakah..??

Kah kah kah..

Yang sebenarnya, ini projek bersempena tahun baru 2014, iaitu nak berkongsi resepi di dalam blog yang tak semenggah ni. Sambil-sambil berkongsi, dapat la menambahkan kuantiti entri yang berkualiti,ye dak? Tidaklah aku bercadang nak melakukan transformasi secara total dengan mengubah blog ini menjadi blog resepi yang sepenuhnya, cuma bila Mummy, iaitu insan yang merealisasikan kesemua resepi ini, ingin berkongsi resepi dengan sesiapa, bolehlah aku sekadar beri link blog ini. Sambil berkongsi, sambil buat koleksi sendiri. Bijakkan anak Che Nong ni..aha..

Jadi buat julung-julung kalinya, resepi pertama yang ini dikongsi adalah resepi roti. Asalnya Puan Mummy dapat resepi ini daripada laman web myresepi.com, tetapi sudah diolah sedikit mengikut pengalaman memasaknya dan juga berdasarkan idea yang separa-separa bernas dari anak bongsunya ini. *kebanyakan masa ideanya tak berapa bernas, harap bertabahlah bondaku dengan idea mengarut anakmu ini.

Feel free to try, and even to share this recipe to the world *amboi, tinggi betul cita-citamu ini, Faz..kohkoh..



Bahan-bahan
- 600g tepung roti
- 120g gula halus
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar susu tepung
- 5 sudu teh yis segera (dry yeast)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh bread softener
- 1 sudu teh bread improver
- 60g mentega lembut
- 250 ml air

Cara-cara:
- Satukan semua bahan di dalam mixer, putar hingga doh tak melekat pada mangkuk mixer
- Perap selama lebih kurang 45 minit @ sehingga berganda saiznya
- Canai doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan. * yang ni ikut suka korang la. resepi roti ni adalah resepi yang asas jadi ikut kehendak hati korang la nak buat bulat-bulat dan letak inti ke, nak buat macam bun je ke, nak buat bentuk tocang yang mcm bonda aku buat tu ke..inti pun ikut selera korang la, inti kelapa boleh, inti sambal ikan bilis pun boleh, inti tuna,inti kacang merah..apa-apa jelah. asalkan halal dan toyibban..ewah..
- Perap lagi seround selama 45 minit
- Jangan lupa panaskan oven selama 10 minit!
- Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan, pada suhu 180 darjah celcius, selama 10-15 minit atau sehingga keperangan/masak
- Siap untuk dimakan..sila berhati-hati makan roti panas, karang melecur lidah



Sebelum buat, baca bismillah banyak-banyak. Insyallah, resepi ini tiada sebarang masalah untuk direalisasikan. Ayoh meroti, geng!

The end

Jan 2, 2014

Tahun 2014

Assalamualaikum


Malas gila nak update blog, sekarang baru ada feel balik nak menulis.

I'll be back *style filem Terminator...