Dec 2, 2014

Post Pemalas

Assalamualaikum

Malas sangat nak update blog sekarang ni.
Peram je la dulu..

Jul 23, 2014

Ucapan Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum

Jap jap. Aku nak pasang suis vacuum cleaner ni dulu. Ni bukan setakat berhabuk ni, kalau ada T-Rex mati pun dah jadi fossil. Gila lama tak update blog.

Seperti yang kalian sedia maklum, pada 2 jun lepas aku melalui satu pembedahan yang 1/4 ngeri di HUKM. Mengapa hanya 1/4 sahaja tahap kengeriannya? Sebab ada pembedahan yang jauh lebih ngeri, tetapi sila sabar dulu. Anda belum sampai ke babak yang lebih ngeri pasca pembedahan ini. Jadi pembedahan berjalan lancar, dipanggil masuk OT around 9a.m, dan menjelang pukul 1 lebih semua dah selesai dan aku pun dah balik ke bilik. BTW, kali ni aku duduk dalam bilik pengasingan. Agak best dan selesa. Jadi, nit not nit not selepas 5 hari aku pun balik la rumah, dengan staples yang masih melekat, rasa sedikit macam cyborg. Tibanya hari nak bukak staples, aku pun pergi la semula ke HUKM. Bila balik rumah, mummy kata mcm something fishy je dengan wound ni, apsal berair...OMG!! Esoknya aku pergi ke emergency, masuk wad semula sebab ada bahagian pada wound yang terbuka dan bernanah. Kena masuk wad semula.. Semangat aku terus jatuh masuk gaung. Terbayang games WC2014 yang akan terlepas. Nanges, siot!

Jadi selama 8 hari aku duduk wad utk second round, hampir hari-hari buat dressing pada luka, dan hampir hari-hari jugaklah aku trauma sebab menahan kesakitan masa dressing dibuat. Nasib baik la setiap kali buat dressing, doktor bagi painkiller. Kalau tak mau berair jugaklah mata. Dipendekkan cerita, sekarang aku dah sihat sepenuhnya, cuma ditinggalkan dengan parut pembedahan yang rupanya mcm caterpillar. *tak ngeri mana pun, cuma part dressing ni lebih ngeri dari pembedahan sebenar

Hasrat hati ada jugak nak update blog bila dah balik, tapi sejurus balik Ramadhan pun menjelma, dan muncullah juga tempahan kuih semperit untuk lebaran 2014. Soalan dari kawan-kawan aku, "Faz, ko amacam, dah sihat? Ooo, dah sihat, Alhamdulillah. Aku nak order semperit ni weih". Wah, tak menyempat-nyempat ye. Takpelah, aku gembira, rezeki Allah nak bagi. Lagipun aku memang enjoy sangat buat kuih semperit ni. Bagi aku macam ada kesan terapiutik. Agaknya kalau aku tak buat kuih, jiwa masih lara dan melarat mengenangkan cinta yang kandas di tepi highway Karak..*pui...menyampai ai.

Sekarang ni dah hampir lebaran. Tujuan asal menulis ni sebenarnya nak buat dedikasi hari raya. Untuk mengelakkan terlupa, aku nak buat dedikasi dalam bentuk point form. Kalau aku buat karangan panjang-panjang mcm ni, nanti ada yang tertinggal.


Selamat hari raya, maaf zahir batin diucapkan kepada:

1- Ahli keluarga. Meliputi ahli keluarga terdekat, iaitu ayahanda, bonda, nenda, kekanda berdua dan anak-anak saudara yang tinggi-tinggi belaka. Tidak dilupakan makcik pakcik, sepupu dan sebagainya..Tidak kira yang dekat dan jauh.

2- Kawan-kawan rapat seUTM, BFF katanya..Hahaha..Sulastri Manap, Maisarah Ismail, Farini Napiah, ErinWaq, Puteri Aziahanim, Farah Shalina dan SitiNor. Dengan ucapan, selamat hari raya, nikmatilah kuih semperit dengan gembira. Untuk Erin, kau tgk jelah dulu kami makan semperit. Sila memandu dengan cermat dan semoga selamat tiba di kampung halaman masing-masing.

3- Kawan-kawan rapat seSMP iaitu Cik Umihannie dan Cik Izan Mohd Dan. Kalau korang berdua tak datang beraya tahun ni, aku potong nama korang untuk kenduri kawin aku nanti, yang tak tahu bila pun. Hahahahahaha...*gelak panjang sikit sebab memang tak lawak

4- Kepada Zam, dengan ucapan "Duit raya boleh bagi ikut Maybank2u ye"

5- Ini adalah ucapan tambahan minit terakhir. Kepada anaconda bernama pP, kuih semperit hang bila nak ambil? Kami jual lelong satgi baru tau.

6- Kepada kenalan yang lain, Selamat Hari Raya!!

Semoga lebaran tahun ini disambut dengan hati yang gembira, Insyallah

The end

May 15, 2014

Resepi 005 - Roti Naik + Update

Assalamualaikum

Fuh fuh.... dah berhabuk blog ni. kalau macam ni punya lama tak update, bukan setakat tiup-tiup je, kena bawak keluar penyedut hampagas nak bagi hapus segala habuk dan hama..

Sekejap ye.. *stretch jari jemari yang dah lama tak menaip

Beberapa hari lepas, Puan Mummy ada mencuba satu resepi roti yang baru, dan resepi itu telah berjaya dengan bergayanya. Nescaya dengan itu, hendaklah saya berkongsi gambar dan resepi roti tersebut. Nama resepi itu adalah Roti Naik Pahang. Janganlah ditanya kenapa ada 'Pahang' di situ sebab saya sendiri pun tidaklah mengetahuinya. Agaknya tuan punya resepi asal ni adalah orang Pahang gamaknya, jadi diharap BFFs saya yang berasal dari Temerloh dan Raub itu tidaklah 'perasan' bahawasanya roti ini didedikasikan untuk mereka. Jangan perasan beb, takde kerjanya aku nak dedicate kat korang berdua.. Blerkk...

Mari kita tengok !!


Bahan-bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis (telur dan susu manis disatukan dan dikacau, kemudian ditambahkan air kepadanya sehingga cukup 200ml, telur+susu+air=200ml)

¾ cawan gula
2 sudu kecil yis (mauripan)
2 sudu besar marjerin @ butter
1 sudu kecil shortening
500 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara:
1 - Rendam yis dengan 100 ml air suam dan 1 sudu besar gula, biarkan hingga berbuih
2 - Satukan bahan-bahan kering (tepung, gula dan susu tepung)
3 - Masukkan bahan-bahan cecair (telur+susu pekat+air) dan bancuhan yis tadi ke dalam bahan kering, gaul rata
4 - Masukkan marjerin dan shortening. Uli menggunakan electric mixer sehingga lembut dan elastic, selepas itu tutup dengan plastic wrap dan biar sehingga doh kembang sekali ganda. Tumbuk doh untuk keluarkan angin
5 - Sapukan tangan dengan sedikit marjerin, ambil doh dan bulatkan anggaran 40gm setiap biji, atur dalam tin bulat bersaiz 9 inci, akan dpt 22 biji (sapu dulu marjerin pada tin, di keliling dan di bawah)
6 - Tutup doh yang telah disusun dan biar naik lagi 2 kali ganda
7 - Panaskan oven selama 10 minit. Bakar doh pada suhu 160 darjah celcius selama anggaran ½ jam atau sehingga bahagian atas roti sudah keperangan.
8 - Keluarkan roti dari oven dan sapukan marjerin pada permukaan roti yang masih panas.
9 - Siap!


Bahagian kedua

Sekarang dada tengah dup dap dup dap sebab nak kena melalui satu operation * muzik latar lagu sedih*. Dipendekkan cerita, awal bulan June ni saya akan melalui satu pembedahan di PPUKM, jadi diharapkan kawan-kawan dan sedara-mara yang mana ada membaca entry ni, mendoakan kejayaan pembedahan itu dan semoga saya dapat sembuh dengan cepat. Insyallah bila sembuh cepat, boleh la menikmati Ramadhan dengan lebih bermakna, sambil melaksanakan aktiviti membuat kukis dan menonton Piala Dunia 2014 *saya sokong team Germany, sapa-sapa nak hadiahkan jersi Germany, sila kan la, jangan malu-malu*.

Insyallah kalau rajin akan ada entry yang menyusul selepas yang ini, iaitu sebelum masuk ward.. 

Waaaa...dah berkali-kali masuk OT tapi setiap kali masuk tetap saspen...

Dah.

The end

Feb 17, 2014

Resepi 004 - Kurma Ayam

Assalamualaikum

Dah setengah bulan baru nak update blog.. Pemalas sungguh.


Hari ni mummy saya masak lauk kurma ayam. Meh kita tengok apa yang dia letak..


Bahan-bahan :
1 kg ayam -bersihkan, potong-potong la kepada berapa banyak bahagian yang korang suka, lepas tu letak garam dan kunyit, goreng sehingga 3/4 masak
5-6 biji telur ayam - rebus, kupas kulit lepas tu goreng.
150 gm bawang besar*
50 gm bawang putih*
2 inci halia* - sila kisar bahan-bahan yang ada tanda * ye, bukan yang ada tanda pangkah, ini bukan filem ali baba bujang lapok.. okay, tak lawak.
2 labu bawang besar, belah 4
2 biji tomato, belah 4 juga
3 biji kentang, belah 4 *belah 4 sokmo* , rebus dan goreng
5 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar minyak sapi
Minyak masak secukupnya
1/2 cawan susu cair, dan bancuh dengan 2 sudu besar orang sunquick *ini secret recipe mummy saya..baik tak saya, siap berkongsi resepi rahsia..

Rempah tumis:
1 1/2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih

Barang-barang sudah ready? Mari kita masak ye adik-adik.

Cara-cara:
- Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan rempah kurma, masakkan lagi sehingga rempah garing. Tambahkan air dan kecilkan api sehingga semua bahan masak. Masukkan rempah tumis.

- Masukkan ayam yang telah digoreng, bawang besar dan kentang. Tambahkan kerisik dan susu cair. Tambahkan air jika perlu. Masak hingga pekat. Akhir sekali tambahkan telur rebus yang digoreng dan tomato.



Siap. Dah boleh dihidangkan.

Jangan lupa masak nasi ye. Karang ada yang makan lauk je pulak. Sedih pulak korang nanti.

Selamat mencuba.

The end

Jan 26, 2014

Resepi 003 - Mee Goreng Mak Aku + Birthday Dedication

Assalamualaikum

Aku tak berapa nak ada mood nak buat lawak sarkis, jadi aku beri amaran yang entry kali ini akan jadi agak bland dan boring.

Tapi menu hari ini dijamin memang tidak bland, kerana ianya penuh dengan perisa dan kalori. Disebabkan bosan makan nasi, hari ni Puan Mummy masak mee goreng basah yang seksi * basah = seksi? terus kena ada cop PG blog aku ni nanti..mahap..*


Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning, celur dalam air panas dan toskan
Sawi, bersihkan dan potong-potong ikut saiz yang digemari *sayur baik untuk kesihatan  **see, betapa boringnya lawak aku hari ni
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih *sila kisar bawang putih dan merah
3 sudu besar cili mesin

Bahan-bahan perencah:
Daging, udang, sotong, air rebusan ayam *kuantiti ikut selera korang la..jangan la banyak bebenor, nanti dah tak jadi macam pepatah "ada udang di sebalik mee", nanti jadi "ada mee di sebalik udang" pulak

Bahan-bahan perasa:
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
Gula secukup rasa, garam takyah sebab kicap dah masin *tapi kalau ada yang nak menternak penyakit darah tinggi, boleh la bermula sekarang dengan menambahkan garam dalam masakan..kalau terlebih masin nasib korang la

Cara-cara:
-Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar dan cili, kacau hingga garing. Masukkan air rebusan ayam, bahan-bahan perencah dan bahan-bahan perasa. Masukkan gula. Lepas tu pandai-pandai korang la nak adjust rasa ikut selera korang, Biarkan sedikit pekat.
- Bila dah memekat dan rasa dah memenuhi taste korang, masukkan mee dan sayur. Kacau rata, jangan biar lama-lama, nanti kering. Kalau kering dah tak boleh dipanggil mee goreng basah dah..
-Angkat, hidangkan dan makan. Jangan lupa baca doa makan ye.



Bahagian kedua entry hari ini.

Gambar bawah ni diambil pada tahun 1998. Masa tu aku dalam Tingkatan 5.


 Ni kawan aku, nama dia Farah Shalina bt Abu Kasim. Dulu dia duduk kat Gombak, dan semangat ke-Gombak-kan dia memang tinggi. Masa kitorang sama-sama belajar kat UTM dulu, dia memang suka balik rumah, pantang ada kelapangan sure dia akan kembali ke Gombak. Patutnya dia boleh jadi Miss Gombak tahun 1999 sebab dia dan Gombak memang tiada boleh berpisah juga *dah berapa kali aku mention Gombak ni..*

Hari ini, 26 Januari adalah hari jadi dia. Jadi, di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari jadi kepada Farah Shalina, dengan ucapan semoga kehidupan awak dan keluarga akan sentiasa diberkati Allah, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Dan harapnya tahun ini punya raya gathering, dapatlah awak dan keluarga memunculkan diri sebab kami * baca: faz,sulas,mai,erin,cnor dan rini* dah lama tak jumpa awak sekeluarga.. Rindu, siot..!

Dah..

The end




Jan 4, 2014

Resepi 002 - Rendang Ayam

Assalamualaikum

Hari ini Puan Mummy masak rendang ayam. Belum rendang cukup kering, aku dah heboh nak snap gambar. Nampak jelas la dalam gambar yang rendangnya belum kering pun. Selalu orang masak rendang, takde tumis-tumis, kan? Resepi mak aku lain sikit, dia dapat idea nak menumis ni dari Mak Long aku yang duduk di Melaka tu. Dua orang sepupu ni kalau duduk sekali, takde la benda lain nak bercerita, asyik cerita pasal masak-memasak je.


Mak aku ni hari-hari masak lauk penuh perisa, macam nak sabotaj projek 'makan-portion-sedikit' aku je..huhuh...

Okay..mari kita belajar macam mana mak aku masak rendang..

Bahan-bahan:
1 1/2 kg ayam, potong la kepada berapa bahagian yang korang suka, pastu jangan lupa basuh. kebersihan penting, ok.
Santan pekat dari 2 biji kelapa
50g kerisik
450g bawang merah 
2 inci halia *agak-agak sudah ye..pembaris is not needed
1 inci lengkuas
1 cawan cili mesin
3 batang serai
1 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut

Cara-cara:
- Kisar bawang,halia,serai dan lengkuas *kalau teringin nak bina muscle, sila guna batu tumbuk, jangan guna blender
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi *untuk pastikan dah wangi ke belum, apa kata tanya jiran belakang rumah, kalau dia dah bau, dah wangi la tu..tapi kena la bagi rendang sikit bila dah siap nanti
- Masukkan cili mesin, kacau sehingga garing
- Masukkan ayam dan santan sedikit demi sedikit. *kuantiti santan tu, agak-agak cukup untuk empukkan ayam je, simpan sikit pun boleh supaya boleh tambah kemudian kalau ayam belum empuk..kalau ayam tu taknak jugak empuk, hempukkan je dengan frying pan..**sila abaikan tips yang terakhir itu.. hehe
- Sambil kacau, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
- Tambah garam secukup rasa *jangan terus tambah garam banyak-banyak, sebab bila rendang mengering, nanti jadi lagi masin, nanti kena darah tinggi.. ** pesanan khidmat masyarakat dari Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kalau ayam belum empuk, tambah lagi sikit santan.
- Masak sehingga kering *sapa suka gravy lebih, jangan biar jadi kering sangat..nanti sedih pulak nak makan kalau takde gravy
 - Siap dan boleh dimakan. Suka hati la nak makan dengan nasi ke, nasi lemak ke, pulut ke, nasi himpit ke, kalau nak try buat fusion menu, korang belasah la makan dengan pasta..mana tau kut sedap nanti..hehe



Disebabkan rendang, aku makan nasi 2 kali hari ni... Ranap diet mak, uolls..!

The end



Jan 3, 2014

Resepi 001 - Roti

Assalamualaikum



Amacam? Ada rasa mcm terliur tak dengan gambar di atas? Adakah gambar tersebut membuat anda terus lapar dan membuatkan anda teringin nak makan roti? Adakah minda anda mula berfikir-fikir bagaimana agaknya rasa roti di atas jika dicicah pada air teh tarik yang hangat? Adakah.. Adakah.. Adakah..??

Kah kah kah..

Yang sebenarnya, ini projek bersempena tahun baru 2014, iaitu nak berkongsi resepi di dalam blog yang tak semenggah ni. Sambil-sambil berkongsi, dapat la menambahkan kuantiti entri yang berkualiti,ye dak? Tidaklah aku bercadang nak melakukan transformasi secara total dengan mengubah blog ini menjadi blog resepi yang sepenuhnya, cuma bila Mummy, iaitu insan yang merealisasikan kesemua resepi ini, ingin berkongsi resepi dengan sesiapa, bolehlah aku sekadar beri link blog ini. Sambil berkongsi, sambil buat koleksi sendiri. Bijakkan anak Che Nong ni..aha..

Jadi buat julung-julung kalinya, resepi pertama yang ini dikongsi adalah resepi roti. Asalnya Puan Mummy dapat resepi ini daripada laman web myresepi.com, tetapi sudah diolah sedikit mengikut pengalaman memasaknya dan juga berdasarkan idea yang separa-separa bernas dari anak bongsunya ini. *kebanyakan masa ideanya tak berapa bernas, harap bertabahlah bondaku dengan idea mengarut anakmu ini.

Feel free to try, and even to share this recipe to the world *amboi, tinggi betul cita-citamu ini, Faz..kohkoh..



Bahan-bahan
- 600g tepung roti
- 120g gula halus
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar susu tepung
- 5 sudu teh yis segera (dry yeast)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh bread softener
- 1 sudu teh bread improver
- 60g mentega lembut
- 250 ml air

Cara-cara:
- Satukan semua bahan di dalam mixer, putar hingga doh tak melekat pada mangkuk mixer
- Perap selama lebih kurang 45 minit @ sehingga berganda saiznya
- Canai doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan. * yang ni ikut suka korang la. resepi roti ni adalah resepi yang asas jadi ikut kehendak hati korang la nak buat bulat-bulat dan letak inti ke, nak buat macam bun je ke, nak buat bentuk tocang yang mcm bonda aku buat tu ke..inti pun ikut selera korang la, inti kelapa boleh, inti sambal ikan bilis pun boleh, inti tuna,inti kacang merah..apa-apa jelah. asalkan halal dan toyibban..ewah..
- Perap lagi seround selama 45 minit
- Jangan lupa panaskan oven selama 10 minit!
- Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan, pada suhu 180 darjah celcius, selama 10-15 minit atau sehingga keperangan/masak
- Siap untuk dimakan..sila berhati-hati makan roti panas, karang melecur lidah



Sebelum buat, baca bismillah banyak-banyak. Insyallah, resepi ini tiada sebarang masalah untuk direalisasikan. Ayoh meroti, geng!

The end

Jan 2, 2014

Tahun 2014

Assalamualaikum


Malas gila nak update blog, sekarang baru ada feel balik nak menulis.

I'll be back *style filem Terminator...