Jan 30, 2013

Komen dan Kritik.

Assalamualaikum

Hari ni sangat mencabar bagi aku. Cuaca sangat panas sampai kepala rasa sakit. Maaflah, aku ni bukan nak mengada atau nak 'feeling Mat Saleh' konon tak tahan panas, padahal seumur hidup memang duduk di Malaysia pun, cuma aku memang kurang serasi dengan cuaca yang panas sangat. Rasa macam nak meletup kepala. Itu yang menyebabkan aku ni percuma je kena gelak dek tenggiling Raub dulu. Tak tahan panas tapi berangan nak pergi Egypt. Memang serah diri untuk di'bahan' la jawabnya.

Beberapa hari kebelakangan ni, aku dapat banyak pengajaran dari perkara yang berlaku pada orang lain di sekeliling aku. Yelah kan, benda tak jadi kat kita tak bermaksud kita tengok saja-saja je. Sebagai manusia yang cuba nak jadi lebih matang *yer, aku dah nak masuk 32 tahun tapi pe'el macam kanak-kanak ribena*, aku cuba la nak mengambil iktibar atas setiap perkara yang terjadi. Pengajaran yang aku dapat ialah janganlah sesekali kita terlalu sibuk nak menghakimi kesalahan orang lain, atau dalam ayat tak formal, jangan sibuk sangat nak komen itu ini pasal orang lain. Tak habis-habis nak kondem orang lain. Tak salah pun kita nak tegur orang kalau dah memang nyata orang tu buat salah, tapi tegurlah dengan cara yang berhemah sket. Dan bila kita nampak orang tu slowly berubah kepada arah yang betul, sila bagi penghargaan. Ada sesetengah orang ni kalau dia nak berubah jadi lebih baik, tapi orang sibuk nak hentam dia, dia akan menyentap dan terus taknak jadi baik. Haa, kalau dah jadi macam tu nak jawab macam mana? Elok-elok orang nak slowly jadi lebih baik, terus kembali kepada pe'el lama..

Peristiwa yang berlaku adalah ada la seorang manusia A ni yang tak habis-habis kondem cara B berpakaian. Ya, aku tak salahkan A pun sebab dah memang tanggungjawab dia nak tegur B. Jadi, perlahan-lahan aku tengok B berpakaian dengan lebih baik. Pada asalnya B bukan la seksi tahap JLo pun. Tapi si A terus-terusan mengkritik pakaian B, dan makin lama makin kasar pulak kritikannya. Kritikan yang tak berhemah tu sudahnya backfire pada diri sendiri bila A dapat ahli keluarga baru yang berpakaian dan berpembawakan *wujud ke perkataan yang aku guna ni* lebih teruk dari B. Hmmmm, sapa mau jawab? B boleh pulak defend orang baru tu, dia kata "Jangan sibuk". WTF? Boleh pulak cakap macam gitu ye. Sila la berperangai konsisten sikit, bro. Bila dah backfire macam tu, kan sendiri yang malu.

Jadi pengajarannya wahai kawan-kawan sekalian, kalau nak komen tentang orang lain, sila lakukan secara berhemah supaya orang yang kita komen akan nampak komen itu sebagai nasihat yang membina. Pada aku, janganlah jadi manusia yang judgemental sangat. Kadang-kadang kita nampak keburukan orang lain je, sebab keburukan orang itu boleh dilihat secara lahiriah. Entah-entah kita yang sibuk mengata dan nampak macam bagus-bagus ni sama je buruk dengan orang yang kita kutuk tu. Cuma kita nampak bagus sebab keburukan kita tak terzahir secara lahiriah. Setiap manusia ada kekurangan, sama ada yang nampak di mata ataupun yang tak kelihatan. Jadi, sebelum nak kritik orang lain secara melulu, sila muhasabah diri dulu. Kalau nak kritik, sila bersopan. Mana la tau dengan kritikan sopan kita, orang yang dikritik tu berubah jadi lebih baik? Kan ke bagus tu...

Senpena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma *tak berkaitan langsung pun*, aku harap sebelum aku sibuk nak kondem orang lain, aku akan tengok diri aku dulu. Semoga semua orang jadi baik, hidup aman, takde peperangan dan menjaga alam sekitar supaya kesan rumah hijau dapat dikurangkan, sekaligus supaya suhu bumi tidak akan terus meningkat *ntah apa-apa aku ni..lantak la, nama pun blog aku, hhehehe, jangan marah*..Sekian

The end.

Jan 28, 2013

Nothing Much.

Assalamualaikum

Minggu lepas adalah minggu yang biasa-biasa saja. Kebanyakan hari aku dalam keadaan grumpy sebab masalah perut. Alhamdulillah, hari ni dah rasa okay sikit. Malam Sabtu yang lepas kakak-kakak aku datang rumah dengan anak-anak. Macam biasa la, anak-anak Along makin tinggi dan bergaya, selaras dengan umur remaja diorang, dan anak-anak Angah pulak tetap maintain aktif dan bertenaga untuk terloncat-loncat walaupun dah pukul 12 tengah malam. Hehehe, tu jelah anak saudara aku, 4 orang budak yang pelbagai rupa dan saiz. Aku ingat lagi momen pertama kali mendukung diorang ketika umur baru menginjak beberapa hari, kecuali anak saudara yang kedua sebab masa tu aku tengah gigih jawab SPM. Seronok ada baby kecik ni, diorang ada bau yang sangat comel. Susah nak describe macam mana 'bau yang comel' tu, tapi korang cuba la cium baby yang bawah umur 1 tahun, memang best.

Semalam aku baru dapat tahu yang mak kepada salah sorang kawan lama aku mengalami kecederaan akibat jatuh, tapi tak sure pulak jatuh di mana dan bagaimana punya jatuh. Dengar cerita agak teruk juga sampai kena pakai brace yang aku pernah pakai dulu. Kesian jugak kat makcik tu, kalau tak silap sebelum tu pernah juga dia jatuh sampai patah kaki. Aku pernah terbaca pasal tulang manusia ni sebenarnya sekuat konkrit, dan sebenarnya tulang manusia ni susah nak patah saja-saja. Jadi bayangkan je lah impak yang macam mana yang boleh mematahkan tulang. Nasihat aku, sayangi tubuh badan anda. Jaga tulang. Kepada Makcik Maimun, harap cepat sembuh la ye.

The end.

Jan 22, 2013

Life Experience

Assalamualaikum

Orang kata, salah satu cara nak mendapatkan pelajaran tentang kehidupan adalah dengan menjalani kehidupan itu sendiri. Maknanya, pelajaran tentang kehidupan itu adalah dari pengalaman hidup, dan salah satu cara untuk dapatkan pengalaman hidup adalah dengan membuat keputusan, sama ada keputusan yang betul atau salah. Sebenarnya, betul dan salah ni adalah benda yang abstrak.. Kita rasa keputusan kita buat tu betul kalau hasilnya adalah seperti yang kita nak, dan keputusan yang salah akan beri hasil yang bertentangan. Orang berkahwin, sekejap, pastu bercerai..Terus buat konklusi bahawa tersalah pilih pasangan..Orang masuk universiti, lepas grad dapat kerja yang bagus..Konklusi, orang tersebut dah buat keputusan yang betul untuk masuk universiti dan belajar kejuruteraan, instead of belajar muzik yang berkemungkinan takde masa depan (orang tua la selalu kata macam tu)..

Orang tua selalu claim yang diorang dah lama hidup, so dah banyak pengalaman hidup.."Aku dah lama makan garam berbanding kau", they said..Ala, memang la..Bukan setakat garam, macam-macam benda lain pun diorang dah lagi lama makan berbanding kita..*patut la kena darah tinggi..Okay, i get it..Itu perumpamaan..*tak habis-habis nak argue dengan pepatah dan perumpamaan...Tak dinafikan, orang umur 50 tahun obviously akan ada pengalaman hidup yang lebih banyak berbanding yang berumur 31 tahun..Tapi ada juga kemungkinan yang 31 tahun tu ada pengalaman yang berbeza, yang 50 tahun tu tak pernah rasa..Jadi, pada aku, just because you're older, don't underestimate someone else who's younger than you..Jadi manusia ni kena berfikiran terbuka sikit, kena hormat semua orang, tak kira yang tua ataupun muda..Bagi orang peluang untuk buat keputusan sendiri, walaupun keputusan itu mungkin salah..Kita bukan boleh tahu pun sama ada keputusan orang tu salah..Kalaupun obviously keputusan yang dibuat tu memang nampak gayanya macam salah, biarlah..Sekurang-kurangnya akan bertambah pengalaman hidup orang tu..Dan bila orang tu datang mengadu kat kita, jangan kita tempelak pulak..jangan cakap "See, i told ya"..Orang mengadu tu cuma nak meluahkan perasaan, bukan mintak dimarah or whatsoever..

Kecualilah benda yang orang tu nak buat memang jelas salahnya, nak try pil kuda, contohnya..Itu kes lain..Memang nak kena pelangkung nampak gayanya orang itu..Ataupun dia memilih antara nak menuntut ilmu ataupun duduk rumah makan tido mengabihkan beras je..Itu memang mengundang penyepak di tulang kering..

So, apa aku membebel hari ni?

Takde apa..cuma nak meluahkan pendapat je..siapalah aku ni, fikir banyak-banyak untuk buat keputusan hidup pun, akhirnya kena reject juga..langsung takde kompromi..haish...kesian aku..

The end.

“The hardest choices in life aren't between what's right and what's wrong but between what's right and what's best.” 


Jan 18, 2013

Entri Yang Konon-Konon Serius

Assalamualaikum

Aku ni bukanlah orang yang terlalu mengikuti perkara-perkara terkini, tak kira la fesyen terkini, filem terkini atau buku terkini *walaupun aku peminat buku (masa aku tgk Fellowship of The Ring, aku tak tau pun filem tu adaptasi dari buku, buku Harry Potter pun aku cuma start baca masa buku kelima). Walaupun hampir setiap hari aku tengok berita, aku masih tak boleh dikatakan sebagai seorang yang mengikut hal-hal semasa. Aku tengok setakat tengok gitu-gitu je, sebab pada aku Buletin Utama tu bias. Kebanyakan bahan dalam berita semuanya condong ke arah kerajaan. Jangan cakap aku anti-kerajaan (aku cuma seorang aunty kepada anak-anak saudara aku), sebab puak yang itu suka nak mempolitikkan hampir semua benda. Bagi aku, berita harus telus dan tidak bersifat bias supaya rakyat yang menonton dapat input yang benar. Bila dapat input yang benar dan jujur, barulah orang boleh berfikir dan buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri berasaskan perkara yang benar.

Apa kena mengena aku dengan hal-hal terkini ni? Sudah melencong dari tajuk nampaknya..Hehe, rilek la, nama pun blog aku..Baca dulu, jangan mencelah tengah-tengah cerita..*baca sambil dengar lagu Listen, by Beyonce..

Kalau dilihat fenomena sekarang ni, adalah menjadi satu trend untuk bercakap @ buat komen tanpa berfikir panjang..Kat Youtube banyak video pasal Bawani vs. Sharifah Zohra bertekak masa forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik"..selang beberapa hari, kecoh pulak kat Facebook pasal komen yang dibuat oleh Patrick Teoh..jangan tanya aku pasal detail kedua-dua situasi yang sudah bikin kecoh dalam dunia virtual ni..aku baca sekali imbas je..maklumlah, aku ni bukan insan yang terlalu mengikut trend. sekadar tahu yang seadanya sahaja..ringkasnya, pada aku, hal pertama berpunca dari teknik komunikasi yang gagal..Satu pihak bertanya tanpa buat kajian mendalam, cara bertanya pulak macam ada niat nak buat provokasi. Pihak yang menjawab pulak sudah termakan umpan provokasi, terus melenting dan menjawab soalan dengan gaya yang bodoh, akhirnya menampakkan kebodohan diri sendiri..Hal kedua pulak berpunca dari komen yang dibuat tanpa memikirkan kesan dan sensitiviti beragama..Dah nama pun Malaysia, negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, banyak perkara yang boleh jadi sensitif kalau disentuh secara melulu..Aku rasa, semua orang yang terlibat dalam kedua-dua hal ni bukan orang bodoh, terpelajar belaka..Tapi kenapa agaknya diorang boleh terlibat dengan situasi penuh kebodohan di awal 2013 ini?

Pada aku, ringkas je..Semuanya berpunca dari sikap taknak fikir panjang sebelum bercakap @ menyuarakan pendapat..Dan yang buat aku bertambah meluat adalah di dalam kedua-dua situasi, ada terselit   sedikit agenda politik..Ini pendapat peribadi aku la..Situasi diburukkan lagi oleh media, terutamanya di internet. Dah jadi macam suatu pop culture pulak..Bukan kebudayaan muzik pop ye kawan-kawan, sila rujuk sendiri di Wiki..

Jadi, apa konklusinya di sini? Sila berfikir guna otak sendiri sebelum nak bercakap atau bertindak..Jangan guna otak burung unta kerana otak burung unta lebih kecil dari matanya (harap maaf, ini suatu cubaan nak berlawak yang gagal)..Terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata buruk akibatnya (walaupun di era globalisasi ni, orang dah jarang guna perahu)..*tapi kan, kalau orang berperahu kat sungai yang tengah mengalir deras, macam mana nak undur?? (sila abaikan, saya memang suka argue dengan pepatah..hehe)..


The end.

p/s : entri ni nampak sedikit bijaksana sebab ditulis berdasarkan perkara yang trendy..apa, ingat aku tulis benda merapu je ke?? air tenang jangan disangka tiada buaya ye..*BTW, aku suka tengok orang tangkap buaya dalam Swamp People..memang sungguh tenang dan berkeladak air paya di Louisiana itu..

Jan 15, 2013

Books...I Want More Books!!

Assalamualaikum

Aku memang sukakan buku..sejak aku kecil dulu walaupun aku belum pandai membaca, aku dah bergelumang dengan buku..ada satu gambar, rasanya umur aku dalam 3 atau 4 tahun, memang sah-sah la belum pandai membaca, tapi dalam gambar tu beria aku tengah membelek komik Dandy & Beano..masa tu aku ada sebuah buku bergambar, dan dalam setiap gambar akan ada tersorok seekor itik kecik warna kuning, lebih kurang macam Where's Waldo la..dan kerja aku masa tu, belek buku tu, sambil nyanyi sorang-sorang cari itik..mak aku kata masa kecik dulu kalau aku carik berus gigi pun aku boleh buat lagu..sama la macam cari itik tu..agaknya disebabkan pendedahan pada projek cari itik masa kecik dulu tu yang buat aku suka buat puzzle..segala sudoku, word search, game yang carik gambar tersembunyi..memang favourite aku la..

Berbalik kepada buku..selalunya malam-malam sebelum aku tido, mak aku akan bacakan cerita kanak-kanak yang ada kat bahagian belakang majalah Keluarga (kalau tak silap la, aku pun tak berapa ingat nama majalah tu)..majalah tu diterbitkan sebulan sekali je pun, tapi aku bising nak dibacakan tiap-tiap hari..aku rasa mak aku menyesal jugak kut sebab start buat keje bacakan cerita untuk aku...hehehe..pasal apa?pasal dia pernah cakap,"bila la budak ni nak pandai baca sendiri"..jadi bila aku dah start pandai membaca masa umur 6 tahun, aku susun majalah mak aku, lepas tu aku baca sendiri je..heh..senang cerita..

Sejak tu la bermula kegilaan aku pada buku..rasanya sapa-sapa yang lahir tahun awal 80-an sure tau buku cerita Enid Blyton's, Hardy Boys yang dalam Bahasa Malaysia tu..selalu jugak aku kena marah dengan mak aku sebab belum sampai rumah, aku dah habis baca buku dalam kereta..masa kecik dulu selalunya aku pergi Ampang Park..so sepanjang perjalanan tu, aku baca 1 buku..by the time sampai rumah dah settle 1 buku..punyalah kemaruk nak membaca..masa belajar kat UTM dulu pun aku suka je buat kerja baca buku dalam bas..tapi sekarang ni aku dah tak boleh membaca dalam kereta..haaa..kalau teringin nak muntah, buat ler..

Apa signifikannya cerita pasal minat aku pada buku ni dengan situasi sekarang? zaman sekarang ni orang baca e-book..tapi aku still baca buku biasa..aku lebih puas membaca bila tangan aku ada buku yang hendak dipegang..mungkin hobi aku ni tak kondusif sebab buku-buku aku akan memerlukan ruang simpanan yang banyak berbanding e-book, tapi kepuasan dan nikmat membaca tu sangat berbeza..so, selain dari suka membaca, sebenarnya aku sukakan buku..suka mengumpul buku..Sekarang ni projek aku adalah membaca crime novel hasil karya Anthony E. Zuiker..dia ni sebenarnya penulis skrip untuk CSI..jadi korang boleh bayangkan la macam mana novelnya..macam menonton CSI juga, tapi kepuasannya berbeza sebab bila membaca, fantasi kita boleh meliar tanpa batasan..setiap babak dalam buku tu, kita boleh bayangkan sendiri macam mana yang kita nak..

Jadi, buat masa sekarang ni kalau orang tanya aku tengah buat apa, kebanyakan masa aku akan jawab yang aku tengah membaca..percayalah bahawasanya aku memang tengah membaca, dalam pelbagai posisi yang berbeza..hehehe..

The end.

Jan 14, 2013

Light Bulb

Assalamualaikum

Kebelakangan ni, mata aku dah jadi macam mentol..ada switch..bila dekat-dekat 1.30 am gitu, aku akan jadi sangat mengantuk dan sampai suatu masa, iaitu lebih kurang 15 minit dari 1.30 am, mata aku akan terswitch off..and i don't like this..sebab apa? bukan ke bagus tidur awal, dan tidur pada masa yang sama setiap malam, as if badan kau dah ada jadual nya sendiri? bukan sebab apa, selalunya masa-masa selepas pukul 1 pagi ni la aku rasa aku dapat bersendiri, i got the damn tivi for myself, i can watch what i want, i can do the things that i like..jadi bila mata dah terdidik nak tidur pukul 1 setengah pagi ni, rasa macam tak best pulak..dah la sibuk nak tertidur awal, punyalah lena sampaikan tivi tak switch off pun aku tak tersedar, membising je la tivi tu sampai pukul berapa entah..sampaikan orang lain yang tolong switch off..hp vibrate pun tak sedar..

Dari dulu pun aku memang ada perangai 'tidur mati' ni..aku memang tak boleh dikejutkan dengan bunyi jam loceng, walaupun jam loceng tu kuat..masa kat asrama dulu, orang yang jadi mangsa jam loceng aku adalah Farah..katil aku dengan katil dia dipisahkan dengan divider, kalau divider tu tak ada, katil aku memang macam bercantum dengan katil dia..dan konon-konon nak bagi aku senang terjaga, aku selalu letak jam loceng sebelah kepala aku, dan secara tak langsung sebelah kepala Farah juga..sudahnya, Farah yang terjaga disebabkan jam loceng aku..aku? haram...sudahnya aku terbangun setiap pagi disebabkan bunyi-bunyian lain, contohnya macam bunyi orang bukak pintu, bunyi tapak kaki orang nak gi mandi, dan juga bunyi-bunyi tak signifikan yang lain..hal ni sangat menyusahkan bila aku duduk dalam bilik single..sapa pulak la nak kejutkan aku..dah la blok tu dulu senyap je, jarang-jarang la ada bunyi pintu berdentum..sudahnya, aku bangun untuk solat subuh dengan dikejutkan bunyi motor orang nak pergi surau..mujur jugak ada jejantans blok belakang tu yang ke surau..kalau senyap je alamatnya lebur subuh aku..untuk mengelakkan keleburan subuh, selalunya aku berjaga je sampai azan..lepas solat baru tidur..itupun sebab masa tu aku takde kelas pagi-pagi..dengan bijaksana aku susun kelas aku, semuanya jadi lepas pukul 2 petang..heheh

Sampai sekarang pun aku masih tak boleh terjaga dengan bunyi jam loceng..tapi bila orang panggil aku pelan-pelan boleh pulak terjaga...maknanya aku memang tak boleh tidur seorang diri..kena ada yang teman..heheh..tapi kalau yang meneman pun tidur mati, habislah...

The end.

Jan 11, 2013

Surat Kaler Biru


Assalamualaikum

Hehehe..Special tak gambar dalam entri kali ni?

Hari raya tahun lepas pun aku dapat kad raya yang ada unsur-unsur kerajaan juga..lebih kurang juga le dengan surat ucapan tahun baru di atas..kat atas sudut kanan surat siap ada maklumat pengundi, letak pusat mengundi sekali..macam tahu-tahu je aku ni tak pernah mengundi..(yer, saya admit..saya dah 31 thn tapi tak pernah mengundi..sungguh tak senonoh saya ini).kali pertama aku sepatutnya mengundi, kalau tak silap aku tahun 2004..masa tu aku masih pakai jewett brace lagi..(sila gugel sendiri bagaimana rupa benda alah ini.)..karang glamer haram pulak pergi mengundi pakai benda tu..mau masuk dalam Buletin Utama aku nanti..so, aku pun tak pergi..masa pilihanraya 2008, aku saja malas nak pergi..heheh..takde alasan..

So, dengar-dengar cerita tahun ni ada pilihanraya lagi..aku bercadang nak pergi la mengundi tahun ni..taknak la jadi macam abang ipar aku, dah umur 40+ baru nak mengundi buat kali pertama, sudahnya terpangkah parti cina..keh keh..sebenarnya nak memangkah parti lain, tapi ntah macam mana dia boleh tersalah pangkah..lepas tu boleh pulak buat alasan pasal susunan kotak la, tersalah tengok la..hehe..sudah tersalah mengaku saja la wei..masa belajar dulu aku dengan BFF rajin jugak mengundi untuk pilihanraya universiti..tapi selalunya sebab masa tu ada kelas la, so since dah terlalu tempat mengundi tu apa salahnya memangkah sekali..tapi rasanya kalau takde kelas, tak rajin juga aku nak ke fakulti semata-mata nak mengundi..jauh weh asrama aku dengan fakulti..nak kena bersiap bagai..baik aku duk dalam bilik dengan tshirt dengan seluar bermuda je..heheh

Hah..agak-agaknya bila PRU 13 ni? excited nak mengundi ni..hehehe...itupun kalau cuaca dan kesihatan mengizinkan la..

The end.

Jan 8, 2013

Sakit 2013.1

Assalamualaikum

Beberapa hari ni kesihatan aku tak berapa bagus..since hari Ahad aku mengalami rasa sangat tak best di bahagian perut, dan badan aku pun duk rasa seram-seram sejuk macam orang demam kura..tapi Alhamdulillah sebab rasa je macam nak demam, tapi tak demam..sepanjang hari Ahad hidup aku macam terseksa sikit..makan pun tak berapa nak ada selera, bila makanan masuk perut rasa pedih pulak perut aku, rasa nak termuntah sepanjang masa..hari Isnin rasa sakit perut tu berkurang sikit, tapi muntah pulak..mak aku, as usual, mengalami panic attack tahap mild dan suruh aku gi klinik..result? infection..patut ler rasa macam nak demam..nasib baik jugak tak demam teruk macam kali terakhir aku kena infection, sampai kena pergi emergency HUKM sebab masa tu semua klinik tak bukak, Krismas 2011..demam sampai kena angin kat luar rumah pun aku dah menggigil macam kena sumbat dalam peti ais..so, doc bagi antibiotic, dan harap-harapnya rasa tak best ni akan slowly berkurangan..

Kenapa orang tak suka jatuh sakit? of course sebab pertama sakit tu adalah suatu rasa yang sangat tak best..walaupun boleh dapat MC, tapi kalau melepek macam separuh mati atas katil sampai nak gi makan pun rasa macam nak merangkak, memang tak best..lepas tu kalau sakit sampai kena masuk wad, lagi la tak best..dan rasa sakit tu sangat memenatkan..after kau menahan sakit, kau boleh rasa macam bateri badan kau ni hampir kosong..sangat-sangat tak berdaya..salah satu punca adalah kau takkan ada selera makan masa sakit..tu yang buat bertambah lemah..lepas tu, kalau kau sakit, secara tak langsung aktiviti seharian kau akan terganggu..tu pun tak best juga..

Tapi kita kena tengok semua benda yang tak best ni sebagai dugaan dari Allah..aku taktau pasal orang lain, tapi kalau aku, aku mengaku yang aku ni hamba yang tak berapa baik, sebab bila aku sakit, time tu la baru nak ingat lebih kepada Allah yang mencipta kita..bukan la selalunya tak ingat, cuma time dugaan datang, ingatan jadi lebih kuat..aku bersyukur juga sebab sakit ni, aku tafsirkan ia sebagai peluang aku untuk jadi hamba Allah yang lebih baik..jadi kawan-kawan, jangan merungut sangat kalau tak sihat..kita boleh sedih, meluahkan rasa tak best masa sakit kat kawan-kawan rapat, bermanja dengan mak nak mintak makan bubur bagai, tapi jangan merungut lebih sangat..lihatlah kesakitan tu sebagai ingatan Allah pada kau, supaya jangan lalai sangat..bersyukur tu yang paling penting..nasihat aku (untuk diri aku), cuba lihat hikmah atas apa pun perkara yang terjadi, perkara yang buruk terutamanya..

Jadi, bersempena aku sakit buat kali pertama untuk tahun 2013, aku nak mengucapkan cepat sembuh kalau ada siapa-siapa yang tak sihat..semua sakit ada ubat kecuali mati..jaga diri baik-baik..

The end.

Jan 5, 2013

Di Suatu Petang Sabtu

Assalamualaikum

Hari ni hari Sabtu, dan kebiasaan hari Sabtu sejak masa aku sekolah rendah sampai la sekarang, TV3 akan tayang filem Hindi, pukul 2 petang..sejauh yang aku ingat, masa kondominium Highland Towers tu tumbang tu, hari Sabtu, masa tu pun dah tayang filem hindi..jadi, dah lama sangat la tu..

Aku dengan filem hindi ni, hubungannya lebih kurang macam love-hate relationship la bak kata omputeh..aku memang menyampah bab berguling di lereng bukit sambil nyanyi, pasti hujan masuk dalam gua..tu filem hindi tahun 60-an..filem hindi sekarang takde la berguling dah, tapi tetap menyanyi sampai 7-8 minit satu lagu sambil menari-nari, seksi tahap dah nak sipi-sipi kategori 18SX pulak tu bajunya..jalan cerita pulak kadang-kadang cliche kemain..tak habis-habis dengan cinta antara dua darjat..tapi menyampah-menyampah pun, kutuk-kutuk pun, aku layan jugak filem hindi ni..boleh dikatakan love to hate la gamaknya..

Masa aku kecik dulu aku tengok filem hindi pasal orang lain tengok...rumah ada satu je tivi, so terpaksa la..lepas tu bila dah besar sikit, tak tengok dah...masa ni dah rebel la konon, apa barang tengok tivi hari Sabtu kat rumah, baik aku gi lepak kat Leisure Mall tengok wayang kat GSC..dah hebat sangat la kononnya masa tu..padahal setakat tengok cerita Anaconda yang JLo berlakon tu...puii..

Lepas tu bila masuk era unibersiti,  aku berkawan dengan kelompok-kelompok aku..dalam kelompok tu ada la sorang hantu filem hindi..nama diri Rinie..disebabkan dia ni la, kitorang semua dah terpengaruh nak tengok Kuch Kuch la, Duplicate la, Dil Se la..dan aku pun terjebak sama..aku ingat lagi di suatu petang Sabtu, kitorang pergi tengok Dil Se kat dewan KTF (tu je tivi yang ada)..penat-penat tengok 3 jam, last-last hero dengan heroin mati meletup..chitt...tak guna betul..menyampah pulak aku..tapi minggu depan tengok juga lagi..

Disebabkan Rinie la aku berkecimpung semula dengan menonton filem hindi ni..tapi seumur hidup aku, tak pernah pulak aku tengok filem hindi kat panggung..aku pernah la try-try ajak xbf aku yang dulu tu tengok Devdas, tapi muka dia macam tak berapa nak rela je..dia asyik cakap, "Kalau awak nak tengok, saya temankan la.."...puii...nampak sangat tak ikhlas..so tak terlaksana la impian aku tu..kiranya bab tengok filem hindi kat panggung ni, BFF sepanjang zaman aku menang la sebab dia tengok My Name Is Khan kat panggung..heheh

Hari ni ada tayang Taal kat TV3, tapi disebabkan hujan lebat tivi aku takde gambo..demmm you Astro!!

The end.

Jan 1, 2013

Aktiviti Tahun Baru

Assalamualaikum

Apakah persamaan di antara filem Titanic dengan LOTR : The Return of The King?

"Don't let go"

Sam cakap kat Frodo masa Frodo dah nak jatuh masa kat Mount Doom..dan Jack cakap kat Rose masa kapal dah tenggelam, diorang tengah berpaut kat plank..

Hehehe...aku tengah menonton LOTR sebenarnya ni..boleh pulak buat trivia..

Bersempena dengan tahun baru, kata-kata azimat dari aku ialah, "Hold on to your dream, don't ever let go"..

Chewahhh...

The end.