Jan 4, 2014

Resepi 002 - Rendang Ayam

Assalamualaikum

Hari ini Puan Mummy masak rendang ayam. Belum rendang cukup kering, aku dah heboh nak snap gambar. Nampak jelas la dalam gambar yang rendangnya belum kering pun. Selalu orang masak rendang, takde tumis-tumis, kan? Resepi mak aku lain sikit, dia dapat idea nak menumis ni dari Mak Long aku yang duduk di Melaka tu. Dua orang sepupu ni kalau duduk sekali, takde la benda lain nak bercerita, asyik cerita pasal masak-memasak je.


Mak aku ni hari-hari masak lauk penuh perisa, macam nak sabotaj projek 'makan-portion-sedikit' aku je..huhuh...

Okay..mari kita belajar macam mana mak aku masak rendang..

Bahan-bahan:
1 1/2 kg ayam, potong la kepada berapa bahagian yang korang suka, pastu jangan lupa basuh. kebersihan penting, ok.
Santan pekat dari 2 biji kelapa
50g kerisik
450g bawang merah 
2 inci halia *agak-agak sudah ye..pembaris is not needed
1 inci lengkuas
1 cawan cili mesin
3 batang serai
1 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut

Cara-cara:
- Kisar bawang,halia,serai dan lengkuas *kalau teringin nak bina muscle, sila guna batu tumbuk, jangan guna blender
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi *untuk pastikan dah wangi ke belum, apa kata tanya jiran belakang rumah, kalau dia dah bau, dah wangi la tu..tapi kena la bagi rendang sikit bila dah siap nanti
- Masukkan cili mesin, kacau sehingga garing
- Masukkan ayam dan santan sedikit demi sedikit. *kuantiti santan tu, agak-agak cukup untuk empukkan ayam je, simpan sikit pun boleh supaya boleh tambah kemudian kalau ayam belum empuk..kalau ayam tu taknak jugak empuk, hempukkan je dengan frying pan..**sila abaikan tips yang terakhir itu.. hehe
- Sambil kacau, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
- Tambah garam secukup rasa *jangan terus tambah garam banyak-banyak, sebab bila rendang mengering, nanti jadi lagi masin, nanti kena darah tinggi.. ** pesanan khidmat masyarakat dari Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kalau ayam belum empuk, tambah lagi sikit santan.
- Masak sehingga kering *sapa suka gravy lebih, jangan biar jadi kering sangat..nanti sedih pulak nak makan kalau takde gravy
 - Siap dan boleh dimakan. Suka hati la nak makan dengan nasi ke, nasi lemak ke, pulut ke, nasi himpit ke, kalau nak try buat fusion menu, korang belasah la makan dengan pasta..mana tau kut sedap nanti..hehe



Disebabkan rendang, aku makan nasi 2 kali hari ni... Ranap diet mak, uolls..!

The end



No comments: