Jan 3, 2014

Resepi 001 - Roti

Assalamualaikum



Amacam? Ada rasa mcm terliur tak dengan gambar di atas? Adakah gambar tersebut membuat anda terus lapar dan membuatkan anda teringin nak makan roti? Adakah minda anda mula berfikir-fikir bagaimana agaknya rasa roti di atas jika dicicah pada air teh tarik yang hangat? Adakah.. Adakah.. Adakah..??

Kah kah kah..

Yang sebenarnya, ini projek bersempena tahun baru 2014, iaitu nak berkongsi resepi di dalam blog yang tak semenggah ni. Sambil-sambil berkongsi, dapat la menambahkan kuantiti entri yang berkualiti,ye dak? Tidaklah aku bercadang nak melakukan transformasi secara total dengan mengubah blog ini menjadi blog resepi yang sepenuhnya, cuma bila Mummy, iaitu insan yang merealisasikan kesemua resepi ini, ingin berkongsi resepi dengan sesiapa, bolehlah aku sekadar beri link blog ini. Sambil berkongsi, sambil buat koleksi sendiri. Bijakkan anak Che Nong ni..aha..

Jadi buat julung-julung kalinya, resepi pertama yang ini dikongsi adalah resepi roti. Asalnya Puan Mummy dapat resepi ini daripada laman web myresepi.com, tetapi sudah diolah sedikit mengikut pengalaman memasaknya dan juga berdasarkan idea yang separa-separa bernas dari anak bongsunya ini. *kebanyakan masa ideanya tak berapa bernas, harap bertabahlah bondaku dengan idea mengarut anakmu ini.

Feel free to try, and even to share this recipe to the world *amboi, tinggi betul cita-citamu ini, Faz..kohkoh..



Bahan-bahan
- 600g tepung roti
- 120g gula halus
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar susu tepung
- 5 sudu teh yis segera (dry yeast)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh bread softener
- 1 sudu teh bread improver
- 60g mentega lembut
- 250 ml air

Cara-cara:
- Satukan semua bahan di dalam mixer, putar hingga doh tak melekat pada mangkuk mixer
- Perap selama lebih kurang 45 minit @ sehingga berganda saiznya
- Canai doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan. * yang ni ikut suka korang la. resepi roti ni adalah resepi yang asas jadi ikut kehendak hati korang la nak buat bulat-bulat dan letak inti ke, nak buat macam bun je ke, nak buat bentuk tocang yang mcm bonda aku buat tu ke..inti pun ikut selera korang la, inti kelapa boleh, inti sambal ikan bilis pun boleh, inti tuna,inti kacang merah..apa-apa jelah. asalkan halal dan toyibban..ewah..
- Perap lagi seround selama 45 minit
- Jangan lupa panaskan oven selama 10 minit!
- Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan, pada suhu 180 darjah celcius, selama 10-15 minit atau sehingga keperangan/masak
- Siap untuk dimakan..sila berhati-hati makan roti panas, karang melecur lidah



Sebelum buat, baca bismillah banyak-banyak. Insyallah, resepi ini tiada sebarang masalah untuk direalisasikan. Ayoh meroti, geng!

The end

No comments: