Assalamualaikum
Hehehe..Special tak gambar dalam entri kali ni?
Hari raya tahun lepas pun aku dapat kad raya yang ada unsur-unsur kerajaan juga..lebih kurang juga le dengan surat ucapan tahun baru di atas..kat atas sudut kanan surat siap ada maklumat pengundi, letak pusat mengundi sekali..macam tahu-tahu je aku ni tak pernah mengundi..(yer, saya admit..saya dah 31 thn tapi tak pernah mengundi..sungguh tak senonoh saya ini).kali pertama aku sepatutnya mengundi, kalau tak silap aku tahun 2004..masa tu aku masih pakai jewett brace lagi..(sila gugel sendiri bagaimana rupa benda alah ini.)..karang glamer haram pulak pergi mengundi pakai benda tu..mau masuk dalam Buletin Utama aku nanti..so, aku pun tak pergi..masa pilihanraya 2008, aku saja malas nak pergi..heheh..takde alasan..
So, dengar-dengar cerita tahun ni ada pilihanraya lagi..aku bercadang nak pergi la mengundi tahun ni..taknak la jadi macam abang ipar aku, dah umur 40+ baru nak mengundi buat kali pertama, sudahnya terpangkah parti cina..keh keh..sebenarnya nak memangkah parti lain, tapi ntah macam mana dia boleh tersalah pangkah..lepas tu boleh pulak buat alasan pasal susunan kotak la, tersalah tengok la..hehe..sudah tersalah mengaku saja la wei..masa belajar dulu aku dengan BFF rajin jugak mengundi untuk pilihanraya universiti..tapi selalunya sebab masa tu ada kelas la, so since dah terlalu tempat mengundi tu apa salahnya memangkah sekali..tapi rasanya kalau takde kelas, tak rajin juga aku nak ke fakulti semata-mata nak mengundi..jauh weh asrama aku dengan fakulti..nak kena bersiap bagai..baik aku duk dalam bilik dengan tshirt dengan seluar bermuda je..heheh
Hah..agak-agaknya bila PRU 13 ni? excited nak mengundi ni..hehehe...itupun kalau cuaca dan kesihatan mengizinkan la..
The end.

2 comments:
aku ingat, sape undi, dapat colgate free. apakah significant colgate dan pilihanraya universiti? sungguh misteri!
aku igt lg, kakak peraih undi kata "pangkah yg pakai kopiah ye" :)
aku pangkah ikut nama...agak2 nama dia best, aku pangkah. hamik!
kita memangkah mengkhinzir buta je...kehkeh..
Post a Comment