Assalamualaikum
Aku ni bukanlah orang yang terlalu mengikuti perkara-perkara terkini, tak kira la fesyen terkini, filem terkini atau buku terkini *walaupun aku peminat buku (masa aku tgk Fellowship of The Ring, aku tak tau pun filem tu adaptasi dari buku, buku Harry Potter pun aku cuma start baca masa buku kelima). Walaupun hampir setiap hari aku tengok berita, aku masih tak boleh dikatakan sebagai seorang yang mengikut hal-hal semasa. Aku tengok setakat tengok gitu-gitu je, sebab pada aku Buletin Utama tu bias. Kebanyakan bahan dalam berita semuanya condong ke arah kerajaan. Jangan cakap aku anti-kerajaan (aku cuma seorang aunty kepada anak-anak saudara aku), sebab puak yang itu suka nak mempolitikkan hampir semua benda. Bagi aku, berita harus telus dan tidak bersifat bias supaya rakyat yang menonton dapat input yang benar. Bila dapat input yang benar dan jujur, barulah orang boleh berfikir dan buat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri berasaskan perkara yang benar.
Apa kena mengena aku dengan hal-hal terkini ni? Sudah melencong dari tajuk nampaknya..Hehe, rilek la, nama pun blog aku..Baca dulu, jangan mencelah tengah-tengah cerita..*baca sambil dengar lagu Listen, by Beyonce..
Kalau dilihat fenomena sekarang ni, adalah menjadi satu trend untuk bercakap @ buat komen tanpa berfikir panjang..Kat Youtube banyak video pasal Bawani vs. Sharifah Zohra bertekak masa forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik"..selang beberapa hari, kecoh pulak kat Facebook pasal komen yang dibuat oleh Patrick Teoh..jangan tanya aku pasal detail kedua-dua situasi yang sudah bikin kecoh dalam dunia virtual ni..aku baca sekali imbas je..maklumlah, aku ni bukan insan yang terlalu mengikut trend. sekadar tahu yang seadanya sahaja..ringkasnya, pada aku, hal pertama berpunca dari teknik komunikasi yang gagal..Satu pihak bertanya tanpa buat kajian mendalam, cara bertanya pulak macam ada niat nak buat provokasi. Pihak yang menjawab pulak sudah termakan umpan provokasi, terus melenting dan menjawab soalan dengan gaya yang bodoh, akhirnya menampakkan kebodohan diri sendiri..Hal kedua pulak berpunca dari komen yang dibuat tanpa memikirkan kesan dan sensitiviti beragama..Dah nama pun Malaysia, negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama, banyak perkara yang boleh jadi sensitif kalau disentuh secara melulu..Aku rasa, semua orang yang terlibat dalam kedua-dua hal ni bukan orang bodoh, terpelajar belaka..Tapi kenapa agaknya diorang boleh terlibat dengan situasi penuh kebodohan di awal 2013 ini?
Pada aku, ringkas je..Semuanya berpunca dari sikap taknak fikir panjang sebelum bercakap @ menyuarakan pendapat..Dan yang buat aku bertambah meluat adalah di dalam kedua-dua situasi, ada terselit sedikit agenda politik..Ini pendapat peribadi aku la..Situasi diburukkan lagi oleh media, terutamanya di internet. Dah jadi macam suatu pop culture pulak..Bukan kebudayaan muzik pop ye kawan-kawan, sila rujuk sendiri di Wiki..
Jadi, apa konklusinya di sini? Sila berfikir guna otak sendiri sebelum nak bercakap atau bertindak..Jangan guna otak burung unta kerana otak burung unta lebih kecil dari matanya (harap maaf, ini suatu cubaan nak berlawak yang gagal)..Terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata buruk akibatnya (walaupun di era globalisasi ni, orang dah jarang guna perahu)..*tapi kan, kalau orang berperahu kat sungai yang tengah mengalir deras, macam mana nak undur?? (sila abaikan, saya memang suka argue dengan pepatah..hehe)..
The end.
p/s : entri ni nampak sedikit bijaksana sebab ditulis berdasarkan perkara yang trendy..apa, ingat aku tulis benda merapu je ke?? air tenang jangan disangka tiada buaya ye..*BTW, aku suka tengok orang tangkap buaya dalam Swamp People..memang sungguh tenang dan berkeladak air paya di Louisiana itu..
No comments:
Post a Comment