Assalamualaikum
Few months back, aku ada tulis pasal CikSul yang dah berhijrah ke Pahang sebab dapat kerja baru. Hari ni aku nak tulis pasal sorang lagi kawan yang akan berhijrah status dalam masa beberapa bulan, dan buat masa ni dia dikira berhijrah la jugak, berhijrah ke Timur Tengah atas alasan kerja.
Sila jangan tertipu dengan visual di atas. Izuan dah gemuk. Ni gambar lama
Budak ni nama dia Izuan, tapi nickname dia Seweng. Aku kenal dia sejak mula-mula masuk UTM, tahun 1999. Masa tu semua student forecast belajar dalam 3 group, 2 group untuk yang nak ambil kursus kejuruteraan, dan 1 lagi untuk yang nak ambil kursus komputer. Aku dalam kumpulan 1, sama dengan dia. Dia memang friendly. Boleh dikatakan budak MRSM Kuching yang paling ramah, dah mcm maskot pulak. Dia dengan puak-puak dia duk speaking Sarawak je, padahal dia budak Sabah..Takde jati diri punya Seweng.
Lepas tu dia ambil kursus Kejuruteraan Elektrik Telekomunikasi, aku ambil Elektronik. Nama je course lain-lain, tapi asyik nampak je muka budak sekor ni..Kat fakulti toksah cakap la, memang la bayang-bayang dia yang kurus tu je. Kat cafeteria pun muka dia. Sampai ke kolej pun muka dia, memanjang berdating ngan sapa-sapa ntah.. Padahal dia bukan duduk kat kolej pun. Tapi dalam aku gelakkan/kutuk2 dia, banyak juga jasa dia kat aku. Yang takleh lupa masa dia hantar CikSul dengan aku gi stesen bas Larkin. Dah gile punya terdesak masa tu, lagi 10 minit bas Sulas dah nak jalan, aku mcm cool je la sebab aku ada 25 minit lagi. Nasib baik gak budak ni ada, dia pun merempit kereta Kancil putih dia tu to the rescue. Kalau tak, mau meraung kitorang tak dapat balik kampung. Maklumla, harap umur je dah 21 *kalau tak silap la*, tapi asyik-asyik nak balik kampung.
Lepas tu, tahun 2003. Masa tu ramai kawan-kawan rapat dah takde. Diorang dah grad. Antara yang extend semester, dia dengan aku. Lepas tu aku jatuh. Jadi penunggu Hospital Sultanah Aminah for 1 whole month dan HUKM untuk 2 bulan. Masa tu la aku betul-betul start appreciate kewujudan makhluk asing sorang ni. Selalu dia dengan kawan-kawan dia datang visit aku. Bila aku transfer ke HUKM, dia tetap turun KL dan visit aku. Walaupun keadaan aku teruk masa tu, tapi dia tetap buat macam biasa. Tetap buat perangai Mat Sentol dia tu. Dan dalam keadaan mcm tu, dia tetap buat aku gelak dan lupakan sekejap masalah yang melanda. Agaknya kalau dia dengan Has tak visit aku kerap mcm tu, ada kemungkinan recovery aku akan jadi lagi slow. After all, laughter is always the best medicine.
Sekarang ni dah jarang jumpa. Yelah, member dah kerja kat Iraq. Hari Jumaat lepas dia dtg beraya dengan Azu dan Faiz. Yang kelakarnya si Faiz ni kawan sekelas aku masa Tingkatan 2. Lepas PMR dah tak jumpa dah. Boleh pulak dia jadi teman sekerja si Izuan. What a small world. Borak sakan la kitorang berempat malam tu. Dan macam biasa, Izuan bersembang sambil peluk balang biskut coklat cip. Bak kata dia, 'Pasal duk Iraq la aku jadi macam ni, Faz", padahal 10 thn lepas pun dia dah peluk tin biskut.
Kepada Izuan yang nak balik malam ni *sebenarnya aku lupa dia nak balik Iraq ke Dubai, sebab banyak sangat borak sampai terkeliru*, entry ni aku dedikasikan untuk kau..Toksah nak touching lebih-lebih wei.. Jaga diri baik-baik, jangan sampai kena kencing manis la sbb tgh berdarah manis.. Lepas tu, toksah la kau nak menyalahkan kambing-kambing yang kau dengan Faiz makan kalau aku cakap korang dah makin tembam.
Take care bro..
The end.

2 comments:
pembetulan fakta:
balang biskut okeh! :P
hahah..ko dengan balang biskut sangat tidak boleh dipisahkan..
Post a Comment